Monday, October 13, 2008

Puasa enam bulan syawal

Puasa enam ialah puasa yang disunatkan berpuasa selama 6 hari sepanjang syawal.Selepas hari Raya pertamma mulai 2 syawal seorang itu telah boleh mula berpuasa memngikut keselesaannya masing-masing untuk berpuasa pada hari tertentu dalam bulan syawal mencukupkan 6 hari berpuasa.Ada orang yan berpuasa berturut hari selama 6 hari melengkapkan bilangan 6 hari dan ada ynag berpuasa megiukut penentuan masing-masing berpuasa pada bila-bila hari sepanjnag syawal asalkan puasa syawalnya berjumlah 6 hari.



Betapa besarnya ganjaran berpuusa tersebut sebagaimana , Allah SWT berfirman (dalam hadis Qudsi) yang bermaksud: Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu)”. (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi. (Sahih Muslim no: 1151)



Abu Said Al-Khudri r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun. (Sahih al-Bukhari no: 2840) Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal.



Abu Ayyub Al-Ansari r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun. (Sahih Muslim hadis no: 1164].

Di dalam hadis ini Rasulullah menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa setahun. Maksudnya setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Puasa enam ini memberi ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.


Puasa ini juga akan merasakan seorang itu dapat meneruskan ketaatan selain yang diwajibkan akan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada tuhannya. Sebab itulah kata ulama: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadan, sedangkan pada bulan lain Allah SWT dilupai”.

Bagi yang berpuasa syawal seorang itu akan merasa telah melaksanakan sunnah dan dapat makan minum seperti biasa dan menganggapkan boleh beraya kali kedua walaupun tidak ada syariat ynag menetapkan Hari Raya Syawal.

No comments: