Saturday, October 11, 2008

Keutamaan Mengingati Mati.

Sabtu, 11 Oktober 2008/ Syawal 1429

Keutamaan Mengingati Mati.

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan mati. Akan dirasai setelah seorang itu lanjut umurnya, ia akan merasakan umurnya akan ditarik balik oleh Allah swt bila-bila masa. Pada masa itu keinsafan dan kesedaran dapat dirasakan dan merasakan baru sedikit amalan beklan yang akan dibawa, sedangkan pelbagai keingkaran perintah Allah pernah dan maksiat dilakukan semasa hidupnya.Di waktu itu ia mungkin merasa kekesalan yang mat sanagt kerani trelah dilaikan dengan hala-ha dunia yang sementara ini. Keinsafan ini jika diberikan petunjuk Allah, Ia akan berbanyak-banyak bertaubat meminta keampunan Allah untuk menempuah Alam akhirat nanti.

Oleh itu beramallah sebelum terlewat.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah saw yang menjelaskan keutamaan mengingat perihal kematian itu. Antaranya seperti berikut:

1. Sabda Nabi saw,

"Perbanyakkanlah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan segala macam kelazatan (Kematian)"
(HR At-Tirmizi)

2."Perbanyakkanlah mengingati kematian, sebab yang sedemikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia"

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abidduya)

3. " Cukuplah kematian itusebagai penasihat"

(HR. Thabrani dan Baihaqi)

4." Secerdik-cerdik manusia adalah yang terbanyak ingatkan kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhrat"

(HR. Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunya)

Cara yang sebaik-baiknya untuk mengingati mati ialah dengan memperbanyakkan kenan-kenangan kepada kawan-kawan atau teman-teman karib yang telah lebih dahulu meninggalkan kita. Ingatlah mereka sebentar, bagaimana kematian mereka itu dan bagaimankah akhirnya tempat berdiam di bawah tanah /dalam kubur.Ingat pula lah sejenak rupa-rupa mereka itu, juga kedudukan dan jabatan mereka di kalangan masyarakat. Kenangkan pula bagaimana keadaannya sekarang. Tentunya kecantikan rupa paras dan kedudukannya semua telah dilenyapkan oleh tanah dan menutupinya, bahagian-bahagian tubuhnya tentu sudah bercerai-berai antara satu dengan yang lain dalam kubur mereka.

Dengan itu juga bersegeralah kita melakukan amal kebaikan semasa umur masih dikurniakan Allah. Allah swt memberikan modal umur kepada kita, agar benar-benar kita pergunakan dengan sebaik-baiknya untuk mendapat keredhaan Allah swt dengan melakasnakan segala kewajipan semasa hidup ini.

Kematian mendatangi kita bila-bila masa dan tidak pilih kasih. Mati umur tua juga pantas, mati sewaktu masih kanak-kanak juga tidak sedikit, mati di waktu muda remaja juga berlaku. Mati di rumah juga berlaku, mati di dalam laut juga ada, mati di mana-mana juga mungkin berlaku. Jangan agar kita sampai merasa penyesalan bila kita meninggal dunia nanti. Marilah kita beramal dan merebut peluang 5 perkara sebagaimana yang telah di sabdakan Rasulullah saw.yang bermaksud:

" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu:

1. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu,
2. Kesihatnmu sebelum datang masa sakitmu,
3. selagi engkau kaya sebelum datang masa miskinmu,
4. Selagi engkau menganggur (banyak waktu terluang) sebelum datang masa
sibukmu,
5. Selagi engkau masih hidup sebelum datang masa kematianmu"

(Diriwayatkan Al-Baihaqi, Ibnu Abiddun-ya dan Ibnu Mubarak)

Dalam menjalani hidup di dunia yang sementara dan menghadapi dunia akhirat yang kekal itu, marilah kita sama-sama melaksanakan tugas serta tanggunjjawab di dunia
ini supaya kita dapat mengecap kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Sebagaimna sabda Rasululah saw yang ertinya:

"Bekerjalah untuk mencatri keduniaanmu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi"

(HR Ibnu "Asaakir)


KEUTAMAAN BELAJAR MENUNTUT ILMU.

Secara formal kita di hantar ibubapa atau penjaga kita ke sekolah untuk belajar. Biasanya kita belajar mengikut kemampuan kita sehingga tamat persekolahan. Barangkali kita menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Maktab, Kolej atau Universiti dalam bidang yang lebih khusus bagi pertsediaan medapatkan pekerjaan untuk sara hidup kita.

Walau pun proses tersebut khususnya ilmu berasaskan agama Islam untuk kita meneruskan hidup ini supaya dapat panduan yang sebaiknya dalam menjalani hidup dan beramal untuk melaksanakan perintah Allah dan menjadi bekalan akhirat.

Di bandar-bandar khususnya banyak peluang untuk kita meneruskan pengajian secara sambilan atau secara tidak formal seperti di Pusat pengajian, Masjid-masjid atau surau bagi meneruskan pengetahuan agama yang begitu luas bidangnya untuk kita pelajari. Kerana hanya melalui ilmu pengetahun sahajalah kita sebagai mukmimn akan dapat mengamalkan berbagai ibadat yang diwajibkan kepada kita untuk melaksanakannya.

Kita tidak seharusnyua berpuas hati dengan pendidikan agama semasa di bangku sekolah tetapi perlulah meningkattkan lagi poengetahun sa dan mempelbagaikan bidang ilmu yang perlu kita kuasai.

Sabda nabi saw ynag bermaksud:

1. "Mencari ilmu penegetahuan adalah wajib ats setiap orangf muslim"

( Diriwayatkan oleh Ibnu Abdibarr)

2. " Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu penegtahuaa, akan dengan sebab kelakuannya itu Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya guna menuju ke syurga"

( Diriwayatkan oleh Muslim)

Imam Shafi"i berkata, " Mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan sunnah"

Dan Ibnu Mas'ud ra berkata, "Hendaklah kamu semua mengusahakan ilmu pengetahuan itu sebelum ia dilenyapkan. Lenyapnya ilmu pengetahuan ialah dengan matinya orang-orang yang memberikan atau yang mengajarkannya.Seseorang itu tidaklah akan dilahirkan dan sudah menjadi pandai, Jadi ilmu pengetahuan itu pasti diusahakan dengan belajar".

Memikirkan ilmu adalah sama pahalanya dengan berpuasa , menalaahnya sama dengan bangun solat malam. Dengan menggunakan ilmulah akan menjadi benar cara berbakti kepada Allah 'azza wa jalla. Denganya Allah dipuja dan disembah, dengannya pula Dia di Maha esakan dan di agung-agungkan. Dengannya seseorang menjadi wara' dan sangat taqwa pada Allah. Dengannya dieratkan tali persaudaraan dan dengannya dapat diketahuinya apa-apa yang halal dan yang haram.

Ilmu pengetahuan adalah pemimpin segala amalan dan amalan itu hanyalah sebagai pengikutnya belaka. Yang diilhami dan dikurnia ilmu adalah benar-benar orang yang berbahagia dan yang terhalang atau tidak diberi ilmu adalah benar-benar celaka".

No comments: