Thursday, October 2, 2008

Hari Raya 'Idilfitri ke dua

Khamis.2 Oktober 2008/2 Syawal 1429

Hari Raya ke dua. Biasanya hari ini suasana raya masih kunjung mengunjung seanak saudara. Bagi yang mahu meneruskan suasana ibadat puasa, mereka telah memulakn berpuasa enam syawal dengan tidak berkunjung ke mana-mana.Bagi setengah pula mengambil peluand untuk berziarah sambi menamu hidanag Hari Raya di rumah andk saudar atau sahabat handai. Kunjung mengunjung amat digalakkan bagi mengertakan lagi silaturrahim.

Pagi ini saya sempat menyelaraskan pengurusan jenazah menggantikan tugas Haji Md Noor yang pulang bercuti ke Pontian pagi ini.

1. Allahyarham Kamaruddin Musa. Jalan 2, Taman Grenwood. Allahyarham dikembumikan di Perkuburuan Taman Selasih.

2. Allahyarham Dato Dr Shaharom Hussain, dari No 3, Jalan Berlian, Taman Berlian. Allahyarham di mandi, dikapandan disolatkan di Masjid Ar Rahimah. Pada tepat jam 2.45 jemnazah di baw dengan Van Jenazah yang di pandu oleh Hj Abdillah untuk disemadikan di Johor Baharu.

Semoga roh allahyarham di cucuri rahmat dan ditempatkan di syurga. Untuk mereka dihadiahkan Al Fatihah.

Sumber Berita dari Utusan Malysia pada 3 Oktober:



"Budayawan Dr. Shaharom Husain meninggal dunia

Oleh KAMIL MASLIH

JOHOR BAHRU 2 Okt. - Tokoh guru dan budayawan, Dr. Shaharom Husain, 88, meninggal dunia hari ini akibat sakit tua.

Allahyarham yang juga terkenal sebagai tokoh sastera menerusi novel Keris Laksamana Bentan dan drama Si Bongkok Tanjung Puteri menghembuskan nafas terakhirnya dalam tidur pada pukul 7.45 pagi di rumah anak sulungnya, Dr. Mohamed Hatta di Taman Berlian, Gombak.

Jenazah Allahyarham dibawa ke sini untuk dikebumikan bersebelahan kubur isterinya, Allahyarham Aminah Abdul Rashid di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah selepas waktu Asar.

Beliau meninggalkan empat orang anak lelaki iaitu Dr. Mohamed Hatta, Dr. Mustapha Kamal, 55, Muhammad Iqbal, 50, dan Mustafa Kamil, 49, serta 23 cucu dan enam cicit.

Menurut Hatta yang juga Naib Presiden Kanan dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan CyberJaya, ayah beliau meninggal dunia selepas menunaikan solat Subuh.

"Dalam dua tiga hari sebelum ini ayah memang banyak berzikir serta mengucapkan Allahhuakbar berulang kali," katanya yang memberitahu ayahnya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) minggu lalu kerana pembedahan tulang kaki dan punggung selepas terjatuh.

Kata Dr. Mohamed Hatta, ayahnya merupakan seorang yang amat menekankan pendidikan sepanjang hayatnya.

"Beliau pernah berpesan bahawa kalau kaum Melayu tidak menguasai pendidikan, bangsa Melayu tidak akan maju dan tidak mendapat tempat di dunia.

"Selain itu, beliau juga sering mengingatkan untuk kita mencari ilmu bagi dunia dan akhirat," katanya.

Semasa hayatnya, Allahyarham telah dianugerahkan beberapa penghormatan negeri dan negara seperti Tokoh Guru Johor, Tokoh Guru Kebangsaan, Anugerah Budayawan Johor dan Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Anak kelahiran Kampung Peserai, Mukim Tiga, Batu Pahat itu juga merupakan penerima pertama Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Perguruan Sultan Idris pada tahun 2000.

Beliau mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Idris dari tahun 1938 hingga 1950 dan pernah mengajar di maktab berkenaan serta Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru selain menjadi Karyawan Tamu di UKM.

Dalam dunia kesusasteraan, beliau telah bergiat aktif sejak tahun 1940-an dan telah menghasilkan pelbagai novel dan drama yang sering digunakan sebagai teks sastera di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sejak era 1980-an hingga sekarang.

Antara karya beliau termasuklah Lembing Awang Pulang ke Dayang, Hantu Laut dan Korban Sungai Muar, Tun Fatimah, Bermandi Darah Di Sungai Johor selain menulis memoir biografi Perjuangan Politik Datuk Onn Jaafar serta menulis semula buku Tawarikh Johor.

No comments: