Khamis, 9 Oktober 2008/9 Syawal 1429
Insan atau manusia hidup dalam 4 alam atau fasa. Fasa atau tahap-tahap yang dilalui oleh setiap jiwa atau roh manusia itu menjadi 4 alam, di mana setiap alam yang satu adalah lebih besar dan lebih luas keadaanya daripada alam yang dialaminya sebelumnya. Alam-alam yang dimalksudkan itu adalah merupakan alam yang ditempuh manusia dan itulah yang merpakan fasa-fasa atau tahap hidup manusia itu.
Alam yang dilalui oleh setiap jiwa atau roh manusia adalah seperti berikut:
1.Alam Rahim/kandungan
2.Alam dunia
3.Alam barzah(kubur)
4.Alam akhirat.
Ke empat-empat alam yang dtempuh olehmanusia itu dijelaskan di dalm AlQuran dan Al-Hadis yang wajib di percayaan.
Yang pasti sudah kita maklum ialah Alam dunia ynag kita hari ini dan aloam rahim ynag kita ketahui ibu yang mengadung bayi dlam rahim selama kira-kira 9 bulan.
Yang menjadi pekara ghaib ialah Alam Barzah dan Alam Akhirat dan menjadi rukun iman yang wajib dipercayai. Kita juga perlu beriman dengna segala perjhabaran yangdiberitahu oleh Rasulullah saw tentang perkara-perkara ghaib yang berlaku selepas kematian.
Selepas kematian seorang itu akan me3ninggalkan alam duasni dan b erada di alam Barzah. Barzah dari segi bahsa bernakna dinding atau pemisah. Barzah ilah alam selepas mati yang akan ditempuhi oleh setiap manusia sementara nmebubggu kjedatangan hari qiamat.I juga dikenali dengan alam kubur. Setipa manusia kan disola oleh malaikat Munkar dan Nakir ketika di alam barzah.Orang yang berjaya melepasi ujian tersebut akn mendapat kenikmatn sementara yang gagal pula kan ditimpakan dengan azab kubur yang pedih.
Di dalam kubur manusia akan ditanya tentang tuhannya, agamanya dan nabinya. DSalam beberapa hadis soheh Rasulullah saw memberitahu bahawa manusia akan ditanya oleh malaikat:
Siapa Tuhan kamu?
Apa agama kamu?
Siapa nabi kamu?
Orang mukmin akan menjawab slan itu dengn mengatakan:
Tuhanku Allah
Islam agamaku.
MUhammad saw ialah Nabiku.
ASda orang yang masih dalam keraguan, maka ia akan mengatakan: Saya tidak tahu tetapi saya pernah mendengar manusia mengatakan sesuatu tentangnya lalau saya menurut apa ynag dikatakan.Lantarn itu ia dipukul dan disiksa di dalam kuburnya.
Rasulullah saw bersabda ynag bermaksud:
" Tiada sesuatu pun yang diperlihatkan kepada aku melainkan aku melihatnya di tempat perdirianku ini sehinggakan syurga dan neraka. Lalu diwahyukan kepadaku bahawa kamu akan diuji di dalam kubur kamu seperti atau hampir dengan ujian al-Masih Dajjal, di mana akan dikatakan: Apa ynag kamu tahu mengenai lelaki ini? Adapun orang mukmin atau orang yang mempunyi keyakinan maka ia akan menjawab: Dia ialah Nabi Muhammad Rasulullah. Dia datang kepada kami degan nmembawa keterangan dan petunjuk lalu kami menyahut dan mengikutnya, dialah Muhammad, lalu diulangnya sebanyak tiga kali. Maka dikatakan kepadanya: Tidurlah dengan tenteram, sesungguhnya kami telah mengetahui bahawa kamu memang berkeyakinan dengnya. Ada pun orang munafik atau orang yang dalam keraguan maka ia akan mengataka: Aku tidak tahu,. Aku pernah mendengar manusia mengatakan sesuatu tentangnya lalu aku mengatakannya"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment