Tuesday, October 7, 2008

Percaya kepada Rasul

Selasa, 7 Oktober/Syawal 2008/1429.

Percaya kepada Rasul itu ialah Ruku Iman yang kedua. Rukun beriman kepadanya ada wajib.Rasul (manusia lelaki) keturunan Adam a.s diberikan wahyu (undang-undang dan syariat) untuk menjadi panduan dan amalan serta diperintahkan suypaya menyampaikan kepada umatnya diikuti dan dipatuhi.

Terdsapat 4 sifat yang wajib bagi Rasul iaitu:

1. Siddiq (benar)
2. Amanah (Amanah)
3. Tabligh (Menyampaikan)
4. Fatanah. (Bijaksana)

Sifat mustahil bagi Rasul ialah:

1. Al-Kazab (Mendusta)
2. Al-Khianat (Belot)
3. Al-Katmam (Menyembunyikan)
4. Al-Balladah ( Bodoh)


Sifat yang harus bnagi Rasul:

Sifat harus seperti, makan, minum, tidur, bekahwin dan sebagainya.

Kesimpulan:

Ketika kata lafazkan" Muhammdur rasulullah" ---Maka terkandunglah di dalamnyasifat-sifat yang wajib dan mustahil serta tidak harus baginya. Maksudnya kita membuat pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan Nabi terakhir.

Apabila dihimpunkan syahadah pertama dengan syahadah kedua, didapati sebanyak 50 sifat sebagaimana yang telah diterangkan. Jelaslah bahawa syahadah pertama dan syhadah kedua itu pendek pada zahirnya tetapi pada hakikatnya terkandung semua sifat yang wajib, mustahil dan sifat ynag harus bagi Allah Ta'ala dan Rasulnya, dan itulah yang dikatakan "Aqaa'idul Iman" yang bermaksud kesimpulan iman.

Nota:

1. Jumlah Nabi sertamai 124,000. Darijumlah tersebut seramai 313 atau 314orang diangkat sebagai Rasul.

2.Rasul diberikan wahyu dan diperintah menyampaikan. Manakala Nabi diberikan wahyu untuk panduannya beramal dengan perintah Tuhan.

3. Rasul ynag wajib diketahui namqnya: 25 orangbermula dari Rasul pertama Adam 1a. hingga yang terakhira Muhammad saw.

4. Rasul bertaraf Ulul 'Azmi:

Merka ini lebih darjatnya dari Rasul2 ynag laian, mereka digelar dengan ULUL "AZMI yang terdiri dari:

1. Nabi Muhammad saw.
2. Nabi Ibrahim as
3. Nabi Isa as.
4. Nabi Noh as.

5. Sejarah Ringkas Nabi Muhammad saw.

1.Dilahirklan pada malam Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan 23 April 557 Masehi.

2. Salasilah bapanya ilah Abdullah binm Abdul Mutalkib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Kusai bin Kilab.Ibunya bernama Aminah. Keturunan keduanya pada datuknya yang kelima iaitu Kilab berhubung keturunannya dengan Nabi Ismail dan Ibrahim as.


3. Bapanya wafat ketika Nabi baru 2 bulan dalam kandungan ibunya. Ibunya wafat ketika baginda 6 tahun. Nabi tinggal bersama datuknya Abdul M talib selama 2 tahun.Berumur 8 tahun datuknya meninggal dan tinbgggal pula dengan bapa sudaranya iaitu Abu Talib.

4. Umurnya 25 tahun berkahwin dengan Siti Khadijah yang berumur 49 tahun atas permintaa Siti Khadijah.

5.Pada umur 40 tahun suka berkhalwat (asingkan diri) din Gua Hira'.. Mula menbrima wahyu, mual berdakawah - selepaas 3 tahuin berjaya mengumpulkan pengikut nya 39 orang.

6.Selepas 5 tahu berdakwah, seramai 10 orang lelaki dan 5 perempuan berpindah ke Habsyah (perpindahan poertama dalam Islam)

7. Pada tahun k7 kebagkitan rasulnya, berbpndah ke Syam seramai 73 orang lelaki dan 11 orang perempuan.

8. Tahuin ke 10 kersulan beberapa peristiw berlaki diantaranya:

1. Isteri baginda Siti Khadijah kemabili ke rahmatullah.
2. Selepasa 2 bulkan isterinya mneinggal bapa saudarnya Abu Talib pula meninggal.
3.BNaginda berkahwin denghnm janda bernam Sa'adah.
4. Baginda berkahwin dengN asISYAH BINTI aBU bAKAR , UMUR BARU 9 TAHUN.

9. Tahun ke 11 baginda dimulikan engan peristiw Israkj Mikraj, iaiut pada 27 Rejab.

10. Tahun ke 13, pada tangga 2 rabiul awl/30 Disemebr 622 baginda berjijrah ke Madinah.Berhenti Quba , membina masjid pertama di Quba, sebelum berangkat ke Madinah
(Peristiwa Hijarah bermulanya kalendar Islam sempena penghijrahan Nabi ke Madinah.

-------------------------

UCAPAN SALAM/SELAMAT.

Sabda Nabi saw,

Dari Abu Hurairah ra., katanya: Bersabda Rasulullah saw, " Tidakalah kamu masuk syurga tanpa beriman, dan tidaklah iman mu sepurna tanpa berkasih-kasihan sesamumu; inginkah kamu ku tunjukkan kepada sesuatu yang apabila kamu kerja,terwujudlah saling berkasih-kasihan sesamumu?, " Semarakkan salam antara sesamamu".

Ucapkan salam sesama Islam semasa berjumpa, saam ada kenal atau tidak sebelumnya. Ucapan itu adalh sunah dan menjadii kewajipan menjawap salamnya.Kerana Islam itu ada bersaudara. Dan ucapan ini adalah tanggungjawab yang mudah dilaksanakan selain tolong menolong, silaturrahim,memberi nasihat, menzirah jenazah, solat dan menmghantarnya ke kubur.

----------------------

Firman Allah swt,

"DAN apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu". (an-Nisa': 86)

Huraian

Islam telah membawa ucapan salam yang tersendiri yang membezakan masyarakat Islam daripada masyarakat yang lain. Ucapan salam ini merupakan antara ciri masyarakat Islam yang sangat unik, menarik dan tersendiri yang tidak akan larut atau hilang dalam ciri-ciri masyarakat yang lain. Perbuatan berbalas-balas salam ini merupakan satu perbuatan yang amat mulia dalam Islam. Ucapan salam yang dilafazkan ketika berjumpa antara sesama muslim sunat hukumnya manakala orang yang menerima salam wajib menjawab salam tersebut.

Islam juga menganjurkan umatnya sentiasa memberi salam ketika bertemu tanpa menetapkan hari atau masa yang khusus untuk memberi salam. Ringkasnya, ucapan salam itu boleh diucapkan pada bila-bila masa sahaja apabila bertemu antara sesama muslim. Islam juga menyeru umatnya supaya menjawab salam dengan ungkapan yang lebih baik daripada orang yang memberi salam. Ungkapan yang lebih baik selalunya akan mudah mengikat hati yang keras menjalin persaudaraan yang ikhlas dan mesra ketika mewujudkan perkenalan di antara mereka yang belum kenal dan mengukuhkan lagi hubungan antara mereka yang telah sedia terjalin hubungannya.

Kesimpulan

Islam menganjurkan umatnya memberi salam tatkala bertemu sesama mereka. Perbuatan itu walaupun sunat hukumnya tetapi amat mulia dan besar ganjaran pahalanya berbanding perbuatan menjawab salam yang hukumnya adalah wajib. Islam juga menggalakkan umatnya supaya menjawab ucapan salam dengan ungkapan yang lebih baik dan sempurna.

Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Dipetik Dari Utusan Malaysia : 7 Oktber 2008 dalam Ruangan Bicara Agama

No comments: