Monday, October 20, 2008

Al Hadis

Selasa 20 Oktober 2008.

Hadis adalah sumber yang penting kepada orang mukmin untuk memandu mereka ke arah kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat. Al- Hadis ialah sesuatu yang telah diriwayatkan dengan keizinan dariada Nabi, baik mengenai perbuatan, percakapan atau perkataan, kelakuan, ikrar atau penerangan tentang sifat atau ciri-ciri fizikal baginda yang zahir.

Al-Sunnah ialah segala ucapan. perbuatan, pengakuan, akhlak dan sifat-sifat peribadi serta sifat kejadian Rasulullah, sama ada sebelum Baginda diutuskan menjadi Rasul, seperti mengasinglkan diri di Gua Hira' dan selepas diutuskan menjadi rasul. Al Sunnah ialah apa yang disandarkan kepada Nabi, sama ada apa yang berhubung dengan perkataan, sebeum menjadi rasul atau selepasnya.

Al-Sunah dan Al-Hadis mempunyai penegrtian yang sama seperti di atas.

Al-Khabar membawa pengertian yang sama dengan hadis . Berita dari Nabi atau dari sahabat atau daripada tabi'i. Al-Khabar itu lebih umum daripada al hadis. Hal tersebut kerana al Khabar itu meliputi apa ynag diriwayatkan dari Nabi atau selainnya.


Al-Athar ialah hadis Mauquf iaitu kata-kata sahabat dan sesuatu yang diriwayatkan daripada sahabat.

Menurut pendapat majoriti ahli hadis, mereka menggunakan istilah hadis, akhbar dan athar dengan makna yang sama.

Terdapat dua jenis hadis iaitu:

1. Hadi Qudsi
2. Hadis Nabawi.

Hadis Qudsi menyampai pengjaran dan penjelasan kepada para sahabat dengan pengajaran yang diterima daripada Allah dengan lafaz yang tidak sama dengan sunnah atau hadis biasa atau tidak sama dengan al-Quran. Di mana Nabi menggunakan ibarat dan menyandarkannya kepada Allah, maka jenis ini dinamakan Hadis Qudsi.
Hadis qudsi ialah percakapan Allah swt yang diriwayatkan oleh Rasulullah saw. Ertinya Rasulullah saw memindahkan firman Allah swt dengan bahasa baginda sendiri.

2. Hadis Nabawi perkataannya keluar daripada Nabi tanpa dinisbahkan kepada Allah swt. Dari segi isinya membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan manusia dan negara , menerangkan hukum halal haram serta perkhabaran baik dan buruk.

Hdis Nabawi perkataannya keluar daripada Nabi tanpa dinisbahkan kepada Allah swt. Dari segi isnad hadis Nabi dinisbahkan kepada Nabi sebagai orang yang bersabda.

No comments: