Saturday, August 21, 2010

Lailatul qadar

Sabtu 21, Ogos 2010/11 Ramadhan 1431

1. Yang istimewa Allah anugerahkan kepada umatnya dalam bulan ramadhan ia lah "Lailatu qadar". Tidak dijelaskan bila ianya diturunkan, tapi sebahagian banyak jatuh nya lailatul qadar itu pada malam ganjil iaitu 10 hari bulan ramdhan yang terakhir..Iaitu sama ada malam 21, ,23, 25, 27, atau 29 ramadhan. Sebahagin ulmak mengatakan bahawa lailatul qadar itu pada malam dua puluh tujuh .

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Maka barangsiapa yang mencari lalait
ul qadar, hendaklah mencarinya pada malam dua puluh tujuh"

- ( HR Imam Ahmad dari shabat Abdullah bin Umar ra.)


2. Firman Allah swt, " Dalam malam qadar (lalatul qadar) turunlah semua Malaikat serta Malakat Jibri dengan izin Tuhannya, untuk segala urusan. Selamat (damai) yang sedemikian itu sampai terbitnya fajar"

- (Surah Al qadar: 4-5)

...Marilah kita bersungguh-sungguh beriktikaf dalam sepuluh hari terakhir dari ramadhan dengan banyak melakukan ibadat seperti solat sunat tahajjud,tasbih, taubat,witir dan bertasbih, tahmid, berzikir dan berdoa bermunajat kepada Allah meohon keampunan, mendapatkan rahmatNya dan mkan syurga dan jauhkn adari azab api neraka.inta mendapat

3. Doa mencari lalatul qadar sebagiaman diberritahu oleh Nabi kepada Aisyah ra. seperti;

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah maha Pengampun, suka sekali memberi ampun. Maka ampunilah aku"


4.Hadis Rasulullah saw, menyebut, "Barangsiapa yang berdiri ( mengerjakan solat atau lain-lain amalan) pada malam qadar (lailatul qadar) dengan sebab didorong oleh keimanan serta hendak mencari keredhaan Allah, maka diampuankanlah untuknya dosa-dosanya yang sudah-sudah".

- (HR. Imam Bukhari, Muslim dari sahabat Abu Hurairah ra)

5.Tandanya bahawa malamnya ada lailatul qadar itu disebut ddalam hadis Rasulullah saw:

"Adapun tandanya lailatu qadar itu pada pagin harinya mathari nampak putih (dilangit), tetapi tidak ada sinarnya".

-(HR Imam Muslim serta Sahin Imam Tirmizi)

No comments: