Wednesday, August 25, 2010

Apa yang harus dilakukan supaya ibadat dapat diterima oleh Allah

Rabu, 25 Ogos 2010/15 Ramadhan 1431

Beribadat memerlukan perasaan rendah diri dari dalam hati terhadap Allah swt, di samping rasa takut dan tunduk, dan beribadat dengan penuh rasa pengabdian diri kepada Allah swt. Oleh itu di samping kita melakukan melalui perbuatan, kita mesti juga lakasanakan dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

Antara perkara-perkara yang perlu diikuti bagi melaksanakn ibadat ialah:

1. Ikhlas- ertinya hendaklah ibadat yang dikerjakan jangan kerana mengharapkan pemberian dari Tuhan, tetapi kerjakan ibadat itu semata-mata kerana perintahnya dan kerana ketaatan sebagai hamba yang diciptakan olehNya.

2. Meninggalkan riya'. ertinya janganlah ibadat itu tersebab kerana malu kepada manusia atau supaya dilihat atau dipuji oleh orang.

3. Bermuraqabah, ertinya supaya kita yakin bahawa Tuhan itu melihat dan selalu ada di samping kita melakukan ibadat itu, sehingga datang malu dan sopan kita kepadaNya dalam melakukan ibadat tersebut.

4. Jangan keluar dari waktunya, ertinya hendaklah ibadat itu dikerjakan di dalam waktu yang tertentu, sedapat mungkin dikerjakan di awal waktu yang telah ditetapkan seperti dalm urusan menunaikan fardhu solat di awal atau apabila masuk waktu.


Semoga dengan mematuhi syarat seperti di atas, ibadat kita dapat diterima Allah swt.

Ameen.

No comments: