Khamis 19 Ogos 2010/9 Ramadhan
1. Lafaz taqwa itu asal dari kata "wiqayah" bererti menjaga aau penjagaan.Orang yang meliki sifat taqaw itu disebut muttaqi(orang yang bertaqwa)
2. Taqwa tidaklah bermakna hanya takut(khauf) semata-mata, tetapi lebih dari itu maksudnya.Mengikut keterangan daripada firman Allah sekurang-kurang beberapa pengertian yang berhubung kait dengan taqwa. Di antara ciri-orang mukmin yang bertaqwa itu adalah:
1. Bertaqwa itu bersabar.
2. Sifat sabar dan taqwa tidak akan dapat membahayakan sedikit pun kepada semua.
3. Allah berserta dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang yang berbuat kebaikan.
4.Selamat dari kesempitan rezeki dan akan memperoleh rezki yang halal.
5. Beramal dengan kebenaran dan Allah akan memperelokkan amalan-amalan semua.
6.Memperoloeh pengampunan.
7.Memperolehi kecintaan dari Alllah Taala.
8. Allah menerima amalan-amalan orang yang bertaqwa.
9. Mendapat keagungan dan kemuliaan di sisi Allah
10. Mendapat kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat.
11. Diselamatkan dari siksa neraka
12. Kekal dalam syurga bagi orang-orang yang bertaqwa.
Untuk mendapat taqwa:
1. Takut (khauf)
2. Taat dan ibadat
3. Membersihkan hati dari berbagai dosa,
Hasil dari taqwa itu merupakan kebajikan yang dapat di manafaatkan untuk diri sendiri;
1. Dapat menjaga diri sendiri dari kemungkaran, kemakasiatan spt menafaatkan panca inedera.
2. Akan tumbuh hati rasa mahabah kepada Allah, yakni kecintaan kepadaNya.
3. Hatinya sentiasa redha terhadap ketetapan Allah.
4. Rindu kepada Allah
5. Khyusu dalam beribadat
6. Tidak putus asa dari rahmat Allah
7. Adil dalam tindakan serta perhubungan sesama manusia.
No comments:
Post a Comment