Thursday, August 26, 2010

Pastikan sempurnakan wudhuk dengan betul

Khamis, 26 Ogos 2010/16 Ramadhan 2010

1. Wudhuk merupakan syarat penting bagi mengerkajan solat. Tanpa berwudhuk atau mengambil wudhuk yang sempurana dari segi membasuh bahagian yang ditetapkan, wudhuk akan menjadai tidak sah dan menyebabkan solat kita menjadi juga tidak sah. Pastikan dalam waktu berwudhuk tumit dibasahi air dan disunatkan menggosok dua tumit.

Wudhuk ertinya membasuh anggota yang tertentu denganair dengan cara dan maksud yang tertentu pula.keutamaan wudhuk adalah sebagaimana yang dnyatakan Nabi saw sebgai berikut:



"Dari Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Bila seorang Muslim atau Mukmin berwudhuk, lalu ia basuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya semua kesalahan yang dlihat dengan dua atanya bersama air atau akhir titisan air wudhuknya. Maka bila ia basuh tangannya, keluarlah kesalahan yang dibuat oleh dua tangannya bersama air wudhuknya. Maka bila ia basuh dua kakinya keuarlah semua kesalahan, yang dijalankan oleh dua kakinya bersama air atau akhir titisan air wudhuknya, sehingga ia keluar bersih dari segala dosa"

-(HR Muslim)


2. Sebagaiaman dalam rukun wudhu perkara berikut perlu dilakukan denga sempurnanya:

2.1. Berniat dalam hati berwudhuk untuk mengerjakan ibadat solat dan lainnya, sambil mengambil air dengan tangan dan membasuh anggota yang ditetapkan.

2.2. Membasuh muka dengan sempurna. Adapun batas muka itu ialah anatara tempat tumbuh ranbut kepala dan antara hujung dagu (tenpat tumbuh janggut) dan antara dua telainga.

2.3. Membasuh dua tangan hingga basah kedua ata siku

2.4. Menyapu sebahagain kepala

2.5. Membasuh dua kaki hingga basah kedua buku lali.

Firman Allah swt dan surah Al-Maidah:6:

"Hai orang-orang yang beriman! Bila kamu hendak megerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan dua tanganmu hingga kedua mata siku dan sapulah kepalamu dan kedua kakimu hingga dua buku lali"

2. 6. Tertib, ertinya mendahulukan mana yang patut didahulukan.


3. Syarat-syarat sah wudhuk ialah:

3.1. Dikerjakan dengan air mutlak seperti air untuk bersici pula.

3.2. Mengalirkan air di atas anggota yang dibasuh

3.3. Bahwa tidak ada pada anggota sesuatu yang dapat merubah air, iaitu perubahna yang merosakkan nama air mutlak tu.

3.4. Bahawa pada anggota tidak ada sesuatu yang menghalangi antara air dan anggota yang dibasuh.

3.5. Bahawa dilakukan wudhuk itu sesudah masuk waktu bagi orang yang berhadas (selalu kentut atau kencing umpamanya).

4, Antara sunat berwudhuk ialah.

4.1. Membaca bismillah... dengan menganbil air untuk membasuh muka, sambil berniat wudhuk.

4.2. membasuh dua telapak tangan

4.3. mencelah=celah anak jari

4.4. Beriatinjak ertinya memasukkan nair ke dalam lubang hidung selain waktu berpuasa.

4.5.Berkumur-kumur sambil bersuci atau menggosok gigi

4.6. mendahulukan membasuh ynag kanan dari yang kiri.

4.7. Menggeraakkan cincin yang dipakai di jari (jika memakai cincin)

4.8. Membsuh anggota wudhuk 3 kali

4.9.Menyapu kepala dan kedua telinga luar dan dalamnya.

4.10. Menggosok-gosok janggut kalau ada.

4.11. menggosok-gosok sudut hujung mata.

4.12. meebihi membasuh anggota wudhuk dari batas yang wajib,sebab basuhan yang lebih dari batas yang wajib itu akan jadi cahaya di hari kiamat, Yang dinamakan dengan "Ghurrah dan Tahjil"

Sabda nabi saw:

Dari Abu Hurairah ra katanya, Bersabda Rasulullah saw: "Wajahmumu akan bercahaya nanti di hari kiamat disebabkan kesempurnaan wudhukmu, maka sesiapa di natara kamu yanh kuasa, hendaklah memanjangkan ghurrah dan tahjilnya"

-(HR Bukhari dan Muslim)

4.13. menggoso-gosok anggota wudhuk.

4.13. jangan berkata-kata kalau tidak perlu, mkerana mengikut perbuatan Nabi saw.

4.15. membasuh anggota wudguk berturut-turut.

4.16. Berdoa setalah selesai wudhuk seperti;

Dari Umar ra dari Nabi saw bersabda:

"Apabila ada salah seorang di antara kamu yang berwudhuk, bahawa tidaka ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi, bahawa Muhamad itu hambaNya dan RasulNya". Maka dibukakan baginya beberapa pintu syurga yang lapan yang akan dimasukkinya dari mana sahaja dia kehendaki".

- (HR Muslim)

No comments: