Tuesday, August 24, 2010

Keistimewaan Al Quran al Karim

Selasa,24 Ogos, 2010/14 Ramadhan 1431


Al- Quran mempunyai kelebihan dan keistimewaan jika dibandingkan dengan kitab-kitab yang di turukan sebelemnya. Antaranya ialah:

1. Al- Quran itu memuatkan ringkasan dari ajaran-ajaran Ketuhanan yang pernah dimuat oleh kitab-kitab suci sebelumya seperti Kitab Taurat, Zabur , Injil dan lain-lainnya. Al- Quran juga mengukuhkan perihal kebenaran yang pernah didakwahkan oleh kitab-kitab suci dahulu yang berhubung dengan peribadatan kepada Allah, beriman pada Rasul, membenarkan adalanya balasan pada hari akhir, keharusan menegakkan hak dan keadilan, berperangai dengan akhlak yang luhur serta budi yang mulia dan lain-lain lagi.

Seperti firman Allah dalam surah Al-Maidah: 48:

"Kami menurunkan kita Al Quran kepadamu (Muhammad)dengan sebenarnya, untuk membenarkan dan menjaga kitab yang terdahulu sebelumnya. Maka dari itu, hukumlah diantara sesamamereka itu menurut apa yang diturunkan oleh Allah. Janganlah engkau perturutkan nafsu mereka yang membelokkan engkau dari kebenaraan padamu.Untuk masing-masing dari kamu itu Kamitetapkan aturan dan jalan".


2.Ajaran-ajaran yang termuat dalam Al Quran adalah kalimat Allah yang terakhir untuk memberi petunjuk dan pim[inan yang benar kepada umat manusia dan iniah yang dikehndakki oleh Allah supaya tetap sepanjang masa, kekal untuk selama-lamanya. maka AlQuran dipelihara dari kesician seperti mengubah atau mengurakan kandungannya.

Firman allah dalam surah Fussilat: 41-42:

"Sesungguhnya Al quran itu adalah kitab yang mulia.Tidak akan dihinggapi oleh kebatilan (kepalsuan) baik dari hadapannya atau dari dari belakannya. Itulah wahyu yang turun dari Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Terpuji"


3. Kitab suci Al-Quran yang dikehendaki oleh Allah akan kekelannya itu, tidak mungkin pada satu hari nanti akan terjadi bahawa suatu ilmu pengetahuan akan mencapai titik hakikat yang bertentanan dengan hakikat yang tercantm di dalam ayat-ayat AlQuran. Sebabnya ialah tidak lain, ketana Al Quran itu adalah firman allah, sedang keadaan yang terjadi di dalam alam semesta ini semuanya merupakan suah karya Allah pula. Sudah dapat dipastikan bahawa firman dan amal perbuatanAllah itu tidak meungkin akan bertentanagan antara yang satu dengan yang lainnya. Bahkan yang dapat terjadi ialah bahawa yang satu akan mmbenarkan yang lainnya.

Firman allah swt dalam surah Fussilat: 53:

"Akan kami (Allah) perlihatkan kepada mereka kelak bukti-bukti kekuasaan Kami di segenap penjuru dunia ini dan bahkan pada diri mereka sendiri, sampai jelaslah kepada mereka bahawa Al- Quran itu adalah benar. Belum cukupkah bahawa Tuhanmu itu Maha Menyaksikan segala sesutu".


4. Allah swt berkehendak suaya kalimatnya disebarluaskan dan disampaikan kepada semua akal fikiran dan pendengaran, sehinga menjadi suatu kenyataan dan perbuatan.Al Quran dijadi mudah diingat, dihafal serta difahamkan. iannya diturunkan dengan gaya bahasa yang istimewa mudahnya, mudah difaham maksudnya dan tidak sudsah di amalkan, asalkan disertakan dengan keikhlasan hati dan kemahuann ynag baik.

Firman Allah dalm surah Al- Qamar: 17 yaag bermaksud:

" Sungguh Kami (Allah) telah membuat mudah pada Al- quran itu untuk di ingat dan difahamkan. etapi adakah orang yang mengambil pelajaran ?"

No comments: