Sunday, August 22, 2010

Mengqadha puasa yang ditnggalkan

Ahad,22 Ogos 2010/12 Ramadhan 1431.


1.Orang yang wajib Qadha puasa.

1. Orang sakit yang telah sembuh.
2. orang musafir (berjalan jauh)
3. Orang Berbuka kerana sangat lapar dan dahaga.

1. Mereka yang dinyata di atas wjib mengqadhakan puasa yang ditinggalkan selepas bulan ramadhan.

2. Jika tidak diqadhakan, sedang bulan ramadhan berikutnya telah masuk pula, maka ia wajibmembayar denda memberi makan orang miskin sebanyak hari puasa yang ditinggalkannya.

Sabda Nabi saw yang bermaksud: "Abu Hurairah ra telah berkata: sesiapa yang pernah sakit, kemudian ia sihat kembali, sedang ia belum juga mengerjakan puasanya yang tinggal, hingga telah di dapatinya pula ramadhan yang lain, hendalah dipuasakan ramadhan yang telah didapatinya itu. Kemudian dipuasakan pula bulan yang dia telah berbuka padanya, dan hendaklah ia memberi makan seorang miskin pada hari-hari yang telah ditinggalkannya itu".

-( HR Daruqutni)

2. Orang yang diwajibkan membayar fidyah sahaja.

1. Orang tua yang sudah terlalu lemah
2. Orang sakit yang takkan diharapkan sembuhan spt sakit paru-paru,sakit gestrik, atau takut dengna mengerjakan puasa , mungkin sakitnya bertamabah dll.

Fidyahnya (menebusi) puasa nya dengan satu cupak bahan makanan tiap-tiap hari yang diberikan kepada fakir miskin.

Sebagimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan atas orang-orang yang tidak kuasa mengerjakan puasa, wajiblah ia membayar fidyah, iaitu memberi makan orang miskin"

-( Al Baqarah:1834)
3. Si mati yang masih mempunyai kewajipan mengqadha puasa.

- Wali/warisnya boleh mengerjakan puasa qadha tersebut. Oleh kerna tidak ada perintah khusus, maka hal ini bererti sunat sahaja hukumnya. dengan erti boleh walinya membayarkan dengan jalan puasa dan boleh pula tidak membayar fidyah.

3. Orang yangs selalu bekerja berat, bila tidak lagi kuat berpuasa mereka boleh membayar fidyah (dengan syarat tidak ada masa berisytirihat. Jika ada kelapangan wajib ia mengqadhakannya semula.

4. Puasa bagi wanita hamil atau yang menyusukan aknak.

1. Orang perempuan yang hamil.
2. Orang perempuan yang sedang menyusukan anak (yang khuatir terhadap anaknya atau terhadap dirinya) mereka boleh meninggalkan puasa.

- Wajib mengqadha dan membayar fidyah. Bagi Imam Malik bagi yang hamil perlu qadha tapi tak perlu fidyah.Orang yang menyusu wajib qadha dan bayar fidyah.

No comments: