Khamis 30 April 2009
Sabda Rasulullah saw, "Seorang perempuan apabila ia mengerjakan sembahyang lima waktunya, dan berpuasa bulan ramadhannya dan memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah ia ke syurga melalui mana-mana pintu ynag ia kehendaki."
Allahh membuka peluang ynag seluas-luasnya untuk wamnita menaiki martabat-martabat tinggi di sisi hadhiratNya dan menjadi Wali Allah. I beramal sahaja di dalam lingkungan rumahtangganya dengan taat kepada Al;lah dan Rasul dan kepada suaminya, selama suaminya mentaati Allah, maka Allah Taala menghadiahkan untuknya pahala-pahala amal lelaki dan membuka sebagai peluang untuknya maju di alam rohani.
Alangkah sayangnya Allah Taala kepada kaum wanita, tetapi malangnya amat sedikit kaum wanita menyedari akan hal ini. Sebaliknya mereka berlumba-lumba bertanding dengan kaum lelaki di luar sana, untuk mendapatkan kedudukan, pangkat mau pun harta walau pun bertentangan dengan apa yang Allah Taala janjikan ganjaran kebaikan yang baik sekiranya menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan oleh agama.
Jikalau takdirnya semua kaum wanita Islam menyedari akan hal ini dengan kesedaran yang sebenar, niscaya mereka tiada akan berkekiaran di luar lingkungan rumahtangga dan tiada akan timbul gerakan emansipasi wanita atau perjuangan menuntut hak-hak yang sama.
Dalam satu hadis ynag lain Nabi menjawanb pertanyaan seorang wanita yang mewakili wanita lain mengenai tanggungjawab wanita yang kurang amal dari kaum lelaki disebabkan seperti memuaskan keinginan suami-suami mereka, melahirkan anak untuk mereka dan menguruskan rumahtangga, menjaga harta benda mereka semasa mereka berperang di jalan Allah, bertenun kain untuk mereka. Wanita itu bertanya adakah mereka juga mendapat pahala?
Ujar Junjungna rasulullah saw, "Dengarlah oleh mu bak-baik, kemudian pergilah khabarkan kepada wanita-wanita yang telah mengutuskan dikau ke mari, bahawsanya apabila sesorang wanita mencari keridhaan suaminya dan menguruskan kerja-kerja rumahnya dengan puas hati, maka ia mendapat ganjaran yang sama dengan lelaki dalam amal-amal mereka kerana Allah itu"
Dapatlah dibayangkan betapa sukacita dan gembiranya wanita-wanita Islam itu mendengar perkhabaran dari junjungan itu. Mereka dikecualikan daripada kerja-kerja berat yang dilakukan oleh kaum lelaki, di luar lingkungan rumahtangga kerana tugas keibuan mereka sudah pun berat, dan mereka ghalibnya, uzur pula semasa hamil selama kira-kira sembilan bulan, dan masih uzur lagi di dalam masa nifas, sehingga keiuzuran mereka itu boleh menyebabkan keuzuran batin jikalau hati mereka lemah. Namaun Allah Taala memberikan keringanan kepada mereka pula dalam ibadat: Mereka tiada dikehandaki mengqadha solat yang ditinggalkan dalam masa haidh dan nifas dan mereka diharuskan berbuka puasa semaas hamil atau semasa menyusukan anak jikalau takut mudharat atas diri mereka atau atas anak. tetapi mereka wajib mengqadha puasa itu..
No comments:
Post a Comment