Ahad, 26 April 2009.
Sepatutnya sebagai umat Islam kita mampu untuk berdakwah setidak-tidaknya secara keci-kecilan untuk menasihati atau memberikan tunjuk ajar kepada rakan sesama Islam yangh didapati tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh ajaran agama Islam. Umat Islam hari ini tanpa disedari ataupun tidak, banyak terlibat dalam melakukan dosa, sama ada besar ataupun kecil, sengaja ataupun tidak sengaja, sedar ataupun tidak, tetapi mereka tetap melakukannya, antara dosa atau kesalahan yang dilakukan ialah tidak menyampaikan apa-apa yang mereka tahu kepada mereka yang tidak tahu atau yang kurang arif mengenai Islam.
Oleh kerana berdakawah menyeru kepada kebaikan dan mencegah mungkar merupakan satu tanggungjawab dan kewajipan setiap orang, ianya haruslah di ambil berat suapaya kita sama-sama dapat menjauhkan saudara kita seagama melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah dan akan mendapat balasan jahat di akhirat kelak.
Berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Sesiapa (di kalangan orang Islam) yang melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa yang ada), jika dia tidak mampu melakukannya dengan tangan, maka dia merubahnya dengan lidah, jika tidak mampu juga maka dengan hati (berdoa), itulah selemah-lemah iman.
Oleh itu setiap muslim perlulah meningkatkan ilmu serta kefahaman Islam yang diamalkan supaya dapat beramal dengan jalan yang betul dan pada masa yang sama dapat memberi bimbingan kepada anak-anak, dan rakan-rakan yang sepatutnya dapat diperbetulkan dan diperingatkan, kerana mereka sangat memerlukan pertolongan dalam mengamalkan suruhan agamanya.
No comments:
Post a Comment