Monday, April 27, 2009

Berkata benar,muliakan Jiran dan hormati tetamu

Isnin 27 April 2009.

Berkata benar, memuliakan Jiran dan menghormati tetamu.

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Maksudnya, telah diriwayatkan Abu Hurairah r.a. maka katanya, Bahawa sabda Rasulullah saw, "Barangsiapa percaya pada Allah dan hari kemudian hendaklah berkata ia dengan kebajikan atau diam diri. Barang siapa percaya pada Allah dan hari kemudian hendaklah muliakan segala jirannya, Barang siapa percaya pada Allah dan hari kemudian hendaklah ia muliakan tetamunya."

.........(H.R. Bukhari dan Muslim)

Pengajarannya:

1. Apabila kita hendak bercakap, fikirlah lebih dahulu apa yanag akan terjadi kesan daripada percakapan tersebut, sama ada memeberi apa-apa faedah atau tidak. Sekira ia boleh mendatangkan kerosakan atau kejahatan hendak ditahan supaya tidak bercakap mengenai perkara itu. Sebaliknya jika ianya mendatamhgkan faedah serta kebaikan bolehlah diteruskan.

2. Memuliakan jiran itu adalahsesuatu tuntutan yangpenting dalam agama islam. Sabda Nabi saw, " Bahawsanya sentiasa datang Jibril kepadaku menyuruh akau berbuat baik kepada jiran-jiran akau hingga aku sangka mereka itu berolegh harta oesaka daripada ku."
Adapun jirab itu mempunyai emapat makna:
1. Sesiapa yang tinggal dengan engkau dalam satu rumah.
2. Sesiapa yang berdekatan rumahnya dengan rumha engkau.
3. Empat puluh buah rumah berkeliling dari rummah engkau
4. Sesiapa senegeri dengan engkau.

Adalah jiran yan qari lagi Islamitu menpunyai n3 hak wajib dibayarkan kepadanya iaitu:

a) Hak kerana sejiran
b) Hak kerana berqarib
c)Hak kerana Islam

Jiaran Musliyang tiada qarib itu ialah mempunyai 2 hak iaitu:

a) Hak jiran
b) Hak Islam.

Hak Jiran kafir (bukan Islam) itu ialah hak jiran sahaja.

3. Memuliakan tetamu itu adalah adab Islam dan perangai Nabi-nabi dan orang-orang soleh.

No comments: