Ahad, 12 April 2009/ 16 Rabiul Akhir 1430
Manusia yang dicipyakan Allah dan Allahlah Yanga Maha Berkusa dan Maha Mengetahui keperluan dan menentukan segaala-segala sejak diciptakan dan hingga ke hari akhirat.
Dalam serba kekurangan manusiammemrlukan perolongan dari Allah untuk mendapatkan sesuatu keperluan melalui usahanya beriktiar dan menmdapatkan petunjuk dan pertolongan dari Allah. Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Berkusa menjadikan sekalian makhluk dan mentadbirkan Alam semesta, sepeerti sekalian langit dan bumi, matahari dan lain-lain nya.
Firman Allah dalam Surah al Haj :61 yang bermkasud,
Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasa-Nya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti); dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat. (al-Haj: 61)
Dalam urusan kehidupan manusia sehari-hari, mereka melalui berbagai-bagai ujian serta musibah yang semujanya datangnya dari Allah. Oleh itu mereka hendaklah bersabar di atas dugaan yang menimpa mereka dengan mengharapkan pertolongan Allah SWT. Mereka diwajibkan berdoa dan bertawakal kepada Allah sepenuh hati kerana Allah berkuasa atas segalanya sebagaimana berkuasanya Allah menguasai peraturan alam buana ini.
Di dalam Quran dijelaskan Kuasa Allah Yang Maha Agung dengan meminta kita berfikir dengan kejasian alam seperti ciptraan malam dan siang silih berganti. Begitu juga pertukaran musim-musim sama ada musim panas, sejuk, luruh dan sebagainya. Kekuasaan-Nya sungguh mengagumkan dengan tidak pernah mungkir atau terlewat.
Mereka yang beramal soleh dan menuruti suruhan-Nya akan mendapat balasan syurga. Sebaliknya mereka yang ingkar dengan melanggar perintah-Nya akan dimasukkan ke neraka.
Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertolongan dan keredaan dari Allah SWT, bukan memohon pertolongan dari kuasa-kuasa lain kerana dibimbangi akan menjadikan kita terjerbak dalam keadaan syirik.
Oleh itu, sentiasalah kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Sesungguhnya Allah itu amat berkuasa terhadap sesuatu dan akan menolong hamba-hamba-Nya yang sentiasa berdoa untuk mendapat dan mengharapkan pertolongan daripadaNya.
No comments:
Post a Comment