Khamis, 9 April 2009.
Khatim Al Assim berkata salah satu faedah ilmu yang dipelajari dari gurunya Asyaqiq Al Balkhi...
1. Sesungguhnya aku telah melihat kepada makhluk2 yang ada di dunia ini lalu aku mendapati bagi setiap makhluk ini mesti ada sesuatu yang dikasihinya daa diasyikinya dan aku melihat pula bahawa ada sebahagian daripada sesuatu yang dikasihi itu hanya menemani kekasihnya sehingga sampai ia sakit sahaja.
Dan ada pula yang sentiasa menemani keksihnya sehingga ke dalam kubur.
Manakala yang lainnya akan terus balik dan tidak mahu untuk bersama-sama dengan kekasihnyya di dalam kubur. Ia akan membiarkan kekasihnya tinggal seorang diri di dalam kubur.
Lalu aku terus berfikir. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan bahawa sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih yang setia mengiringi kekasihnya ke dalam kubur dan menjadi penghibur dan teman setia.
Dan tidak ada kekasih yang bersedia untuk berbuat demikain selain daripada amalan yang soleh.
Maka aku terus menjadikan amalan soleh ini sebagai teman dan kekasihku, supaya ia dapat menerangi kuburku, dan menghibur hatiku dan sudah pasti ia tidak akan meninggalkan aku duduk bersendirian.
Petikan dari: Ayuhal Wadud(Wahai anakku yang tercinta): Abu Hamid Muhammad bin Muhamad Al Ghazali rt.
No comments:
Post a Comment