Tuesday, April 7, 2009

Taat kepada Allah dan Rasul

Selasa 7 April 2009.

Mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan semua larangan-larangannya itu disebut TAAT , baik taat itu kepada Allah, Rasul maupun terhadap para pemimpin (yang bijaksana)

Dalam surah An Nisa ayat 59 difirmankan,
'"Hai orang orang yang briman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah(Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya"

Patuh/taat terhadap sesama manusia pun harus dilakasanakan asal perintah-perintahnya tidak melanggar dengan syariat Islam.

"Tunduk dan patuh itu wajib bagi setiap manusia (muslim) di dalam apa yang ia sukai atau ia tidak suka, selama ia tidak diperintah berbuat naksiat. Dan apabila ia diperintah berbatmaksiat,mak sekali-kali tidak ia tunduk dan patuh"
............(HR. Tarmizi)

Jangan pula merasa puas hati dan gembira disebabkan taat yang telah dilakukan, sebab ketaatan itu bukan dari kamu. Sebaliknya bagi orang yang telah mnenjalankan ketaatan itu merasa gembira dengan berdasarkan bahawa ketaatan yang dilakukan itu berkat kurnia dan nikmat dari Allah swt, bukan dari usahanya sendiri. Sebagaiman firman Allah Surah Yunus ayat 58,

'"katakanlah : Dengan kurnia Allah dan rahmatnya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan Rahmatnya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan, .(Yunus:58)

Bergembira setelah menjalankan ketatan yang berdasarkan bahawa ketaatan yang dijalankan itu berkat ikhtiar daya dan upayanya sendiri gembirakan yang demikian yang dilarang dan di murkai Allah serta boleh melebur amal ketaatannya itu.

Bergembira setelah menjalankan ketaatan yang berdasarkan bahawa ketaatan yang dijalankan itu berkat rahmat dan kurnia Allah serta semua disandarkan kepada kekuasaan Allah. Bergembira yang demikan itu adalah gembira yang diperintahkan dan terpuji , kerana ia menunjukkan syukurnya kepada Allah.

Semoga kita semua dapat bergembura setelah menjalankan ketaatan yang diridhai dan diterima Allah swt.


Berita terkini dari Utusan Malaysia 8 April 2009

Najib jangka umum Kabinet baru hari ini

KUALA LUMPUR: Tumpuan hari ini pastinya pengumuman penting Datuk Seri Najib Razak mengenai barisan Kabinet barunya sejak mengambil alih kepemimpinan negara, minggu lalu.

Perdana Menteri dijadual membuat pengumuman barisan Kabinetnya itu yang diramal lebih kecil dan melakukan beberapa kejutan pada bila-bila masa hari ini.

Bagaimanapun, laporan awal menyebut Najib akan mengumumkannnya di sini, jam 10 pagi ini dan satu lagi laporan selewat-lewatnya petang ini.


Sekurang-kurangnya enam menteri mungkin digugurkan, dengan menggabungkan beberapa kementerian, selain mewujudkan semula jawatan Setiausaha Parlimen yang dimansuhkan selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Difahamkan Najib sudah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi semalam berhubung pelantikan barisan Kabinet barunya.

Antara menteri yang dikatakan akan digugurkan ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan, yang tewas jawatan Timbalan Presiden MCA pada pemilihan parti itu, tahun lalu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, yang turut kalah dalam pemilihan Umno, bulan lalu, juga dijangka digugurkan.

Dua menteri lain dijangka digugurkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A Aziz dan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad pula meletak jawatan, berkuat kuasa hari ini, selepas tewas pada pemilihan Umno.

Bagaimanapun, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden, dijangka dikekalkan.

Difahamkan, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akan dilantik sebagai Senator untuk diserapkan dalam Kabinet baru. Shahrizat dijangka mengetuai kementerian lamanya, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bekas menteri, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis juga dikatakan akan kembali ke Kabinet, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin akan dinaikkan pangkat menjadi menteri.

Tiga Naib Presiden Umno diramal bertukar portfolio dengan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi ke Kementerian Dalam Negeri; Datuk Seri Hishammuddin Hussein ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, manakala Datuk Seri Shafie Apdal bertukar ke Kementerian Pertahanan.

Antara kementerian dikatakan akan digabungkan ialah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang diserapkan ke Kementerian Pelancongan; Kementerian Pengajian Tinggi disatukan dengan Kementerian Pelajaran, manakala Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bergabung dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

No comments: