Saturday, April 4, 2009

Makanan Rohani.

Sabtu, 4 April 2009

Dalam kehidupan ini kita sangat mengutamakan perkara yang zahirnya dapat dilihat dan dirasai. Disekeliling kita disedikan dengan keperluan fizikal seperti tempat tinggal (rumah), pakaian , makanan dan segala kemudahan seperti kenderaan dan peralatan yang lain.

Tanpa memikirkan semua itu berupa perkara-perkara yang sementara, semasa umur masih ada yang sangat terhad dikurniakan Allah Yang Maha Berkuasa, berkewajipanlha kita melaksanakn tanggungjawab terhadap Allah .

Apa yang lebih utama yang sepatutnya difikirkan bersama ialah amalan rohani ibadat kepada Allah swt yang menjadi bekalan ke akhirat.

Sewajarnya kita pada setiap masa dalam keadaan berzikir/ingat kepada Allah dan melakukan kerja dengan niat kerana Allah bagi mendapat keredhaan Nya dan amlan kita diambil sebagai amalan ynag diberi ganjaran syurga di akhirat nanti.

Oleh itu bagi melaksanakan amalan-amalan tersebut kita memerlukan ilmu agama yang termasuk di dalamnya ilmu Fardu Ain yang bertersakan syariat bagi mengabdikan diri ke jalan Allah ynag sempurna semasa hidup di dunia.Dengan ilmu yang dipelajari akan dapat kita menunaikan segala perintah Allah Tala dan juga mempelajari ilmu akhirat yang dapat menjami keselamatan di akhirat.

Antara makanan rohani:

1. Melaksanakan solat fardhu, dan yang sunat bagi meningati dan mendekatkan diri dengan Allah swt.

2. Berdoa, berzikir, betrasbih, beristighfar mengagungkan kebesaran Allah dan memohon keampunan dosa-dosa ynag kita lakukan.

3.Mencari rezeki yang halal untuk menyara hidup diri dan keluarga dan memberikan infak, seperti zakat dan sedakah kepada yang diwajibkanatau ynag memerlukan.

4. Melaksanakan amal kebajikan sesama manusia dan makhluk di bumi ini.

5. Melakukan amal makruf dan nahi mungkar.

6. Meninggalkan perbuatan yang haram dan melakukan amalan sunat sebanyak-banyaknya.

7. Meyakinkan kebesarana Allah serta mencintainya dan mengharapkan kasihan belas dan rahmat di dunia dan di akhirat, menyedarijiwa ini dikelilingi dengan ihsan Allah swt.

Ingatlah sepotong hadis Nabi saw:,

(Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya. Dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada di sana. Dan beramallah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadanya, dan buatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau ke dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan siksaannya).



Hari ini dalam Sejarah.

Mohd Najib PM ke 6, angkat sumpah

KUALA LUMPUR 3 April - Di istana Negara pagi ini Datuk Seri Najib Tun Razak bin Tun Hj Abdul Razak mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.


Beliau masuk ke Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Pasangan itu kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.



Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Acara penuh istiadat itu bermula apabila Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berangkat memasuki Balairong Seri pada pukul 10.05 pagi.

Upacara dimulakan dengan lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada 10.10 pagi.

Najib kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.

Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Datuk Sri Abdullah menerima anugerah TUN.

Pada majlis yang sama, Abdullah dikurniakan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) manakala Jeanne menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM), kedua-duanya membawa gelaran Tun, daripada Seri Paduka.

Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, pada 23 Julai 1953 dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak dan Tun Rahah Mohd. Noah.

Pelantikan Najib hari ini cukup signifikan kepada sejarah negara kerana ini merupakan kali pertama anak kepada perdana menteri dilantik ke jawatan yang sama.

Najib, 55, mempunyai beberapa rekod dalam sejarah politik tanah air, termasuk menjadi Ahli Parlimen paling muda pada usia 22 tahun, Menteri Besar paling muda pada usia 29 tahun, anggota Majlis Tertinggi UMNO paling muda pada usia 28 tahun, timbalan menteri paling muda pada usia 25 tahun dan menteri paling muda pada usia 33 tahun.

No comments: