Sabtu 2 Mei 2009
Sabda Rasulullah saw:
"kelebihan ilmu itu lebih baik daripada kelebihan ibadah"
- (HR Imam Tabrani)
Menuntut ilmu sanagt penting untuk beramal. Oleh itu mengerjakan perkara sunat perlulah didahului dengan menuntut ilmu khususnya fardhu Ain.
Sebagaiman yang diriwayatkan oleh abu darda ra di mana rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang mencari jalan (berusaha) untuk menimba ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga, dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya (mendoakan) kepada penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan, dan sesungguhnya segala makhluk di langit dan di bumi hinggakan ikan paus di laut, mendoakan keampunan bagi orang alim, dan kelebihan orang yang berilmu dengan orang abid (ahli ibadah) seperti kelebihan bulan (teranganya) daripda lain-lain bintang, dan sesungguhnya para ulama adalah perwaris Nabi"
- (HR Abu daud, Tarmizi, Ibnu Majah dll)
Dalam hadis yang lain tentnag kelebihan menuntut ilmu ialah:
" Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dianya dalam keadaan berjuang (berjihad) ke jalan Allah sehingga dia pulang"
-(HR oleh Tarmizi dengan katanya : hadis hasan)
"Fi Sabilillah" pejuang ke jalan Allah- brmakna jika orang itu mneinggal dunia ketika dia masih berusaha menambah ilmu pengetahuannya, maka dia di kira sebagai mati di jalan Allah iaitu mati syahid.
Cuma bezanya ialah orang itu perlu dimandikan dan dikapankan dan disolatkan. Dengan mati syahid sorang itu akan dikumpulkan di akhirat bersama-sma para Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
Lihatlah betapa beruntungnya seseorang itu yang nelajar menambahkan ilmu pengetahun untuk kebaikan dirinya, keluarganya dan masyarakatnya keseluruhannya. Tetapi syarat utam i belajar ilmu adalah ikhlas keran Allah nukun untuk menunjuk kehebatan, bemegah-megah atau berbangga diri. Jika itu marlamatnya bahawa mereka itu akan di masukkan ke dalam neraka.
Sebagaimana diterangkan kelebihan orang yang ke masjid dengan tujuan hanya untuk belajar atau mengajar ilmu kebaikan maka pahalanya seperti satu Haji.
Sebenarnya menunut ilmu itu adalah satu ibadah, kerana ia diwajibkan setiap mukallaf. Dengan ilmu amalan ibadah itu dapat dilakukan sebagaimana yang diajar dan dikehendaki dalam syariat Islam.
No comments:
Post a Comment