Sabtu, 25 April 2009/ 29 Jamadulakhir 1430.
Kesusahan dan kesedihan dengan sebab keduniaan adalah merupakan tanda-tanda kebodohan dan kurangnya akal seseorang. Kerana kesedihan itu tidak lain adalah kerana menyesali sesuatu yang sudah berlalu atau menakuti hari depan atau kerana susah atas sesuatu kejadian yang datang seketika. Sedangkan manusia itu diberikan nyawa untuk terus menjalani hidup di dunia ini. Dia diberikan kesihatan, mempunyai makan seharinya tetapi di luar dugaan dan kuasanya ditakdirkan ia mengalami sesuatu musibah atau ujian yang ditakdirkan Allah swt kepadanya.
Berlaku kerana sesuatu yang hilang daripadanya, maka yang berakal adalah waspada bahawa menyeselai sesuatu yang hilang itu tiada dapat mengumpulkan hal yang telah terselerak dan tidak dapat memperbaiki hal ynag tidak terpakai. Sedangkan sesuatu yang hilang tiada dapat diusahakan makam enyusahinya adalah merupakan kebodohan.
Oleh karana itu, maka wajaiblah bagi manusia dalam kehidupan di dunia ini, untuk selamanya melihat kepada orang yang di bawahnya dalam persoalan keduniaan, agar ia dapat bersyukur. Sebaliknya dalam masalah agama wajiblah ia melihat kepada orang yang di atasnya, agar masalah agama wajiblah ia melihat kepada orang yang atasnya, agar ia bertambah giat dalam beribadah.
Allah swt berfirman yang bermnaksud: "Kami jelaskan yang demikian itu, supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu..."
...( S.Al-Hadiids:23)
Dan apabila kesusahan itu sebab adanya keduniaan yang datang, maka kesusahan itu timbul kerana kedengkian/hasud sebab datangnya kenikmatan pada orang yang telah dikenal oleh manusia tadi, atau kerana fakir, kehilangan harta, pangkat dan sarana-sarana keduniaan yang lain.
Ada pun sebab-sebab timbulnya kesusahan dan kesedihan tadi adalah kerana kebodohan terhadap tipu daya keduniaan dan segala racun-racunnya. Seandaint, kerana ia tergolong orang yang ringan tanggungjawabnya, bukaa orang yang berat tanggungjawabnya.
Jiukalau orang yang mempubyai rasa rindu itu mau berfikir tentnang kesudahan indahnya keduniuaan ynagv dirundukan, maka tentulah ia tidak akan merindukannya; kerana ia akan mengerti baha keduniaan itu membawa musibah ynag banyk ynag mengakibatkan macxam-macam melapetaka bagi umat manusia. Setiap orang ynag berada di dunia ini pada setiap kedudukan berada dalam tiga bahagia iaitu:
1. Sebahagai siksaan
2. Sebahgian lamunan hidup lama
3. Sebahagian malapetaka.
Manusia itu setiap arah, di lawan masa: Sekali luput, sekali tertipma.
Oleh kerana itu maka barangsiapa sedar berfikir tentang kejadian setiap hari, iaitu dicabutnya kenikmatan dari orang yang memilikinya, datangnya hal-hal yang menakutkan pada orang yang mempunyainya, dan kesedihan mereka sebab hilangnya kenikmatan-kenikmatan tersebut tidak akan berdukacita atas hilangnya kenikmatan-kenikmatan tersebut. Orang seperti itu jika ditanya, "Mengapa engkau tidak merasa susah?". Dia akan menjawab, "Kerana saya taka dapat menyimpan sesuatu ynag hilang ynag menyusahkan saya".
Apabila seorang itu mahu memperhatikan dengan fikirannya tentang orang-orang yang empunyai keduniaan yang meereka lupa akan akhiratnya, dan memperhatikan juga trentang musinah yang menimpa mereka di dunia, maka tentulah ia akan merasa tenteram dan menjadi ringanlah untuk melepasklan soal keduniaan itu.
Bayangkan di hospital orang-orang yang dirawat kesakitan yang bermacam-macam, diperkuburan ahli waris keluaraga yang bersedihan . Apabila direnungkan peristiwa-peristiwa itu, tentulah kita rasa bersyukur sepanjang hari atas kenimatan-kenikmatan Allah yang diberikan kepada kita iaitu selamat dari malapetaka.
No comments:
Post a Comment