Wednesday, December 2, 2009

Yang mula-mula dihisab- solat

Rabu, 2 Disember 2009/14 Zulkaedah 21430


Amalan yang mula-mula di hisab ialah solat



113- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ. (الترمذي)

113- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: "Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?" Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain." .



(Tirmizi).



Seseorang mukmin yang betul memahami kandungan hadis yang tersebut sudah tentu tidak akan cuai membetulkan sembahyang fardunya yang lima waktu sehari semalam, dan tidak pula merasa keberatan mengamalkan sembahyang sunat, puasa sunat, sedekah sunat, dan haji sunat bila mampu berbuat demikian.



Tiap-tiap perbicaraan dibuat keputusannya oleh Tuhan yang Maha Adil dengan berdasarkan keterangan-keterangan saksi, iaitu selain daripada dua Malaikat yang menulis amal seseorang maka anggotanya, hartanya, tempatnya dan masanya juga menjadi saksi sebagaimana yang diterangkan oleh ayat-ayat 24 Surah an-Nur, 65 Surah Yasin dan 20 Surah Fussilat; juga oleh hadis yang berikut:

No comments: