Khamis 3 Disember 2009/15 Zulkaedah 1430.
Wajib memahami dan mematuhi isi Al Quran
1. Umat manusia sangat bertuah kerana mempunyai Al Quran yang merupakan wahyu Allah untuk diamal dan dijadikan panduan dan pegangan hidup di dunia dan di akhirat. Tetapi adakah kita benar-benar membaca, memahamaminya untuk dipatuhi segala ajaran dan perintahNya? Jika dipatuhi ia akan dapat menjadikan umat itu beriman dan dapat memimpin dan mentadbirkan dunia ini sebagai khalifah Allah.
2. Quran bukan setakat untuk lebih dibaca atau dilagukan sahaja, tapi ajaranya diamalkan dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya adalah lebih penting lagi. Ini bermakna isi Al- Quran itu perlu benar-benar di kaji serta difahmi bagi melaksanakan maksud yang disampaikan oleh Allah swt. Sungguh menghairankan jika ada manusia yang tidak ingin menegetahui kandungannya sedangkan pelbagai manfaat dan ganjaran yang besar terdapat di dalamnya untuk diambil selain dari dijadikan ubat penawar atau jampi bagi menyembuhankan penyakit sebagaimana yang biasa diamalkan dalam pengubatan penyakit.
3. Adalah malang dan zalim jika manusia yang beriman kepada Allah dan Al- Quran tetapi tidak menghayatinya sedangkan Al-Quran itu diturunkan bagi faedah yang besar untuk kebahagiaan bukan menyusahkan mereka. Sepatutnyalah kita sebagai muslim yang berlandaskan Wahyu Allah dapat berjaya dan tidak menjadi menderita dan dizalimi semasa hidup di dunia dan kita dijanjikan dengan kebahagiaan di akhirat dengan memelakisanakan perintah-perintah Allah.
Firman Allah swt, " Kami tidak menurunkan Al -Quran ini kepadamu agar kamu susah. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah)."
- ( Surah Taha: 2-3)
4. Tidak ada jalan lain bagi kita melainkan kita perlu mempelajari dan menghayatai Al-Quran , suapaya tidak menzalimi Al Quran dan diri dosa yang besar ini, dan tidak bermakna dengan kemewahan dunia yang yang sedikit ini kita akian diselamatkan Allah di dunia apatah lagi di akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment