Saturday, December 19, 2009

kelebihan duduk di masjid menunggu solat berjemaah

Sabtu 19 Disember 2009/2 Muharram 1431



Bersabda Rasulullah saw:

".........Dan apabila seseorang masuk ke masjid maka dia di dalam keadaan bersolat, selagi solat itu menyebabkan ianya menunggu, dan para malaikat berselawat (berdoa) ke atasnya selama dia di tempat solatnya:

" Ya Allah! Ampunkanlah dosanya, Ya Allah !!, Rahmatilah baginya" sselagi dianya tidak berhadas"

- ( HR Imam Bukhari dan Muslim)

Beruntunglah sesorang yang dapat bersabar menunggu untuk solat berjemaah di dalam masjid. Sambil itu niat beritikaf dan berzikir mengingati Allah serta berdoa memohon kempunan dan rahmat Allah.

Oleh itu usahakanlah untuk berjemaah di masjid, rajin bersolat jemaah bagi mendapatkan kelebihan sebagaimana ganjaran pahala yang besar iaitu pahala bersolat.

No comments: