Saturday, December 5, 2009

Jauhkan perkara-perkara yang boleh membawa kekufuran

Sabtu, 5 Disember 2009/18 Zulhijjah 1430

Jauhkan perkara-perkara yang boleh membawa kekufuran

1. Orang mukmin dikehendaki memberikan kasih sayang serta cintnya terhadap Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya dengan menjauhi perkara yang membawa kekafiran. Adalah dilarang untuk meneruskan hubungan baik atau berkasih sayang dengan mereka yang mengutamakan kekafiran daripada beriman kepada Allah swt.


2. Adalah menjadi satu dosa besar jika seorang itu menjadikan beberapa golongann yang tersebut , walaupun ada perhubungan persaudaraan orang-orang yang mencintai kerabatnaya, hartabendanya, perusahaannya, tempat tinggalnya dan berkepentingan sendiri, yang ada kaitan dengan urusannya dan menjadikan sebab untuk mengutamakan mereka bagi meninggalkan apa yang diperintahkan Allah dari mencintai Allah dan Rasulnya.,

Firman Allah swt,

23. " Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim."

24. Katakanlah (Wahai Muhammad): " Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri (suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan hartabenda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamanya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusannya (azab siksanya), kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik"

- (Surah Taubah: 23-24)

(Nota: Mohd Shukri bin Shafie, meninggal dunia l/k jam 3. 00 pm di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Kelang. Jenazah dibawa dengan van jenazah bertolak dari hospital jam 7.45 pm di bawa ke temerloh untuk dikembumikan di Kg Paya Jauh jam 11.30 pm. Kami sekeluarga sempat ke kubur untuk pengkebumian pada itu, selesai 12.30 mlm. Semoga Allah memberikan keampunan serta rahmat kepada Roh Allah yarham. Amin).

No comments: