HUKUM FARAID YANG KURANG DIPELAJARI.
Ilmu yang berkaitan dengan faraid sangat kurang diketahui atau dipelajarai di kalangan umat Islam. MUJURLAH Bila ada sesuatu masalah ynag beraitan, Jabatan agama Islam akan dirujuk untuk mendapatkan keadah faraid itu dilaksanakan UNTUK TUJUAN MENUNTUT hak perawisan harta ynag ditinggalkaann unyuk ketentuan waris-waris ynag sah dan layak seperti anak, isteri, suami, ibu bapa, dll, .
Harta yang dibahagikan kepaad waris adalah baki ynag ditinggalkan setelah ditolak segala pembayaran pengurusna jenazah, hutang-hutang pewaris sama da berbentuk agama sperti zajak, nazar dll atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat ynag dibenarkan oleh syarak.
Oleh kerana ilmu ini sangat penting sebagai mmemathui perintah Allah ynag telah menetapkan pembahagian harat pusaka, sanagt elok kita sebagai umat islam mempekajarinya dengan mendapatkan guru ynag mengetahui mengenai perakar ini.
Sabda Rasulullah saw:
Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang berrtelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang b oleh menyelesaikan kes mereka"
- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud
Faraid , ertinya bahagian atau qadar. Mengikutdari segi bahasa bermaksud ketetapan.
Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas wti bahagian ynag ditentukabn dari harta benda yang akan dipusakai.
Ilmi faraid ini dikenali juga dengan nama ilmu untuki memahami pembahagian harta pusaka , ilmu hitung yang dapataris- istilah syara iap orang yang mempunyai hak pada tirkah ( harta benda yng ditinggalkan si mati)
' Firman Allah swt:
" Bagi laki-laki ada bahagian pada barang yang ditinggalkan ibu bapa dan kerabat-kerabat dan bagi perempuan ada pula bahagian pada yang vditinggalkan ibu bapa dan kjerabat-kerabat, sedikit atau banyak nenurut pembahagian yang ditentykan"
- ( Surah An- Nisa':aw
Sabda Rasulullah saw;
"Dari Ibnu Abbas ra, di Nabi saw beliau bersabda, " Bahagi-bahagilah harta benda anatar ahli faraid, menurut Kitab Allah"
- (R. Muslim dan Abu daud)
Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah. Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.
Di dalam surah An-Nisa' ayat 11-13 telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH ini.
Maksud surah An-Nisa' (ayat 14):
"Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentuan-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan".
Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan ALLAH, maka ALLAH akanmelemparkan ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.
Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:
-
Memakan harta anak yatim
- Memakan harta saudara-mara
- Memakan harta Baitulmal
Walaupun hukumnya adalah jelas WAJIB, namun realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Begitu juga mengikut laporan KWSP, lebih daripada RM70 juta wang KWSP tidak dituntut oleh waris. Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan mereka yang berhak dan layak tidak mendapat bahagian mereka. Ini juga bermakna sistem faraid tidak berjalan dengan baik pada ketika ini. Timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?
Di samping itu begitu banyak kes berlakunya pertelingkahan dan perselisihan di kalangan umat Islam kerana merebut harta pusaka sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah di atas. Lebih malang dan amat menyedihkan ada yang menyebut bahawa ALLAH tidak adil dalam menentukan bahagian faraid.
Tetapi sebelum menjadi milik ahli waris secara sab dan sempurna, ada lima perkara yang perlu dilakukan, yakni harta waris akan diproses menerusi hukum fara'idh melalui cara berikut:
(1) Yang mula sekali perlu (bahkan wajib) diperhatikan ialah tentang kedudukan harta waris itu sendiri daripada segi hak dan kaitannya dengan perkara-perkara lain seperti zakat, nazar, kaffarah, haji, gadaian, denda hukum, hutang kepada Allah dan sebagainya.Dengan demikian, jika zakatnya belum dikeluarkan, maka wajib dikeluarkan. Jika sebahagiannya juga ada diperuntukkan untuk nazar oleh si mati, maka wajib ditunaikan.
Jika antara harta itu terdapat gadaian juga wajib ia diasingkan. Jika ada hutang si mati kepada Allah, maka bayarlah hutang itu. Jika semasa hidupnya sudah wajib dia menunaikan haji, tetapi dia tidak pergi menunaikannya, maka wajib juga diasingkan untuk keperluan menghajikannya, begitulah seterusnya
.(2) Setelah cara pertama yang di atas dapat disempurnakan, maka baki harta itu diperuntukkan pula untuk perbelanjaan perlaksanaan fardhu kifayahnya, seperti membeli kain kafan dan keperluan pengkebumiannya menurut yang selayaknya.
(3) Kemudian bakinya yang masih ada dikeluarkan untuk melunaskan segala hutangnya kepada orang lain, iaitu hutang yang sabit mengikut pengakuannya semasa hidup atau yang sabit melalui bukti-bukti yang diperakui kerana hutang itu wajib dibayar bagi pihak si mati.
(4) Daripada baki harta itu lagi dibayarkan (diasingkan) pula untuk keperluan wasiatnya jika ada, iaitu tidak lebih daripada 1/3 (sepertiga) daripada baki harta yang ada setelah perkara-perkara di atas diselesaikan.
Sekiranya dia mewasiatkan semua atau sebahagian hartanya, maka wasiat ini tidak diterima, tetapi cukup dikeluarkan 1/3 (sepertiga) sahaja untuk wasiatnya itu.
(5) Baki harta yang masih ada selepas empat perkara di atas dilakukan, maka itulah dia harta waris yang menjadi milik semua ahli waris yang berhak.Itulah juga harta yang dimaksudkan di dalam hukum faria'id yang wajib dibahagi-bahagikan kepada semua ahli waris yang berhak, sesuai dengan kadar bahagian masin masing. (Nihayah AI-Zain h. 281)
No comments:
Post a Comment