Tuesday, December 1, 2009

Balasan terhadap amalan manusi di dunia

Selasa 1, Disember 2009/14 Zulhijjah 1430,.


Surah Al-Araf- Ayat 3,4, 8, 10.

1, Mematuhi ajaran-ajaaran yang diturun oleh Allah sahaja dan menolak ajaran-ajaran yang lain

2. Mengingatkan mala petaka dan bencana yang ditimpa ke atas umat-umat yang derhaka,

3. Mengingatkan segala amalan manusia akan ditimbang dengan seadil-adilnya pada hari akhirat.

4. Mengingatkan manusia kepada nikmat-nimat yang besar telah dikurniakan kepada mereka.


Ayat 3. Firman Allah swt,

(Katakan kepada mereka wahai Muhammad) " Turutlah apa ynag telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, dan janganlah kamu menurut pimpinan-pemikmpin selain dari Allah (tatpi sayang) matlaah sedikit kamu mengambil peringatan"

Ayat 4.

"Dan berapa banyka negeri yang Kami binasakan dia, iaitu datang azab siksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau keika mereka berejat pada tengahari"

Ayat 8.

" Dan timbangan amalan pada hari itu adalah benar, maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya."

Ayat 10.

"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan ( supaya kamu bersyukur,tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukyur".

No comments: