Tuesday, December 29, 2009

Tiga Perkara akan berada di bawah perlindungan Arasy

Selasa, 29 Disember 2009/12 Muharram 1431.


Abdul Rahman Ibni Auf ra, meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Pada hari pengadilan kelak tiga perkara berada di bawah perlindungan Arasy. Pertama adalah Al-Quran yang Mulia yang akan beerhujjah dengan manusia. Al Quran mempunyai jasmani dan rohani. Kedua ialah amanat (trust). Ketiga ialah tali persaudaraan (silatiurrahim) yang akan mengisytiharkan , " Wahai Allah! Berilah rahmat kepada orang yang mempertahankan daku dan tariklah rahmat daripada sesiapa sahaja yang mensia-siakan daku"


1. Ungkapan Al-quran akan berhujjah bermaksud bahawa dia aakan memohon sesuatu bagi pihak mereka yang membcanya,menghormatinya dan beramal dengan segala perintah-perintahnya . Ia akan menjadi syafaat bagi pihak mereka dan memohonkan peningkaytan untuk mereka. Al- Quran akan meminta kepada Allah untuk memberikan pakaian kepada pembacanya. Allah Taala akan mmemberikan mahkota kemuliaan. Al quran akan sekali lagi memohon supaya Allah diberkan nikmat-nikmat tambahan kepadanya. Dengan ini Allah akan menghadiahkannya pakaian kemuliaaan yang selengkapnya. Al Quran sekali lagi akan meminta Allah supaya kasih kepadanya dan Allah yang Maha Perkasa akan menyatakan kesukaanNya (keredhaanNya) kepadanya.

No comments: