Khamis 24 September 2009/5 Syaaban 1430
Maksud hadis; Dari Abu Hrairah ra dari Nabi saw bersabda:
"Tujuh (golonhan) yang dinaungi oleh Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya, iaitu;
1. Imam yang adil
2. Pemuda yang tumbuh dalam keadaan ibadah kepada Tuhannya.
3, Seseorang yang hatinya tergantung di masjid.
4. Dua orang yang saling mencinta kerana Allah yang mana keduanya bertemu dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang lelaki yang diminta oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dann kecantikan, maka ia menjawab; Sesungguhnya saya takut kepada Allah.
6, Seseorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu akan apa yang diperbuat oleh tangan kanannya.
6. Seorang yang ingat kepaada Allah dalamm kesunyian dan kedua matanya melelehakan air matanya
RAN NATKUT, ZUHUD DAN MEWUJUDKAN AMAL-AMAL SOLEH.
Nabi saw menjelaskan mereka tersebut akan dikurniakan dengna kesenangan, diliputi dengan naunganNya dan diberi rahmatNya , sehingga matahari tidak dekat dengan mereka.
Oleh itu kita perlu berlaku adil, ikhlaS beribdat, baik hubungan dengan Tuhan dan pergaulan sesama makhluk, melakukan sedekah dan berusaha merahsiakannya, menangis kerana Allah kerana takut kepada Allah, zuhud dan mewujudkan amal-amal soleh. ,
Firman Allah Surah An Nahl; 97, yang bermaksud,.
"Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan".
No comments:
Post a Comment