Rabu, 23 September 2009/4 Syawal 1430
Bangunlah di waktu sebelah malam khussunya 1/3 malam atau waktu dini hari sebelum masuk waktu subuh untuk solat taahjjud.Solat ini dilakukan selepas terjaga dari tidur pada malamnya. Tahajud ertinya terbangun malam. Solat malam ini mempunyai kelebihannya yang tersendri yang menjadi amalan orang yanag soleh. Bagi rasulullah Allah mewajibkannnya solat tahajjud.
Alangkah baiknya skiranya solat ini menjadi amalan kita dari awal lagi tidak menagguhkannya.Slat ini sangat dianjuurkan oleh Nabi saw, sebab di waktu malam itulah saat ketengangan yang mudah mendekatkan hati kepada Allah.
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat, dan tak ada batas banyaknya.
Selepas solat ahajud , hendaklah di akhiri dengan soalat witir sama ada 1 atau 3 rakaat (biangan ganjil)
Firman Allah dalam surah al Isra': 79:
"Pada malam hari, hendaklah engkau solat tahajud sebagai tambahann bagi engkau, mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji"
Sayyidinal Ali ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw besabda,
"Pada sepertiga malam yang akhiur Tuhan berfirman, " Sesiapa diantara penghuni bumi yang ada permintaan, akan Aku beri, siapa yang ingin bertaubat, Aku ampuni dan sesiapa yang mempunyI Hjat akan Aku perkekankan"
Rasulullah saw Bersabda,
" barangsiapa bersolat di dalam masjidku (masjid Nabawi di madinah) akan diberi pahala kepadanya sepulu ribu kali. Dan siappa sembayahang di dalam masjid il- haram akan diberi pahala sertus ribu kali' Salah seorang shahabat bertanya:"Ya Rasulullah, adakan solat yang lebih besar lagi pahalanya daripada itu? Rasulullah menjawab; "Ada. Iaitu seseorang yang bangun di tengah malam, lalu berwudhu' dengan baik kemudian , kemudian solat dua rakkat dengan hati yagh ikhlas".
Ibnu 'Abbas meriwayatkan, rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa besolat sunnat dua rakaat di waktu tengah malam, dibacanya pada rakaat pertama surah Al Fatihah dan sepuluh kali ayat kursi, begitu juga pada rakaat kedua, maka Tuhan menurunkan beberapa orang malaikat untuk menjaga orang itu dari kejahatan".
Allah menerangkan di dalam Al Quran: "Sembahyang tahajudlah sebagai ibadat sunant bagimu, semoga tuhan akan memberi kedudukan yang terpuji bagimu"
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akbar.
" Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah. Selepas itu surah Al-Kafirun Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas
Semasa sujud akhir pada rakaat kedua bacalah sebanyak tiga kali,iaitu
Ertinya: "Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong "
Selepas memberi salam ucaplah doa :
Selepas salam bacalah doa yang bererti:
Ertinya : " Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum .
Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan". Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah" .
Rasulullah saw bersabda, " Tiada ada orang yang dirahmati oleh Allah swt lebih dari dia yang bangun menerjakan dua rakaat solat"
No comments:
Post a Comment