Monday, September 28, 2009

Kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri

Isnin,28 Septemeber 2009/ 9 Syawal 1430


Sabda Rasulullah saw yang ertinya: Telah diriwayatkan daripada Abu hamzah Anas bin Malik iatu khadam Rasulullah saw daripada Nabi saw maka bersabda ia, "Tiada sempurna iman seorang daripada kamu hingga kasih ia kepada saudaranya akan apa-apa yang ia kasih bagi dirinya sendiri",

- ( Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.)



Hadis ini menegeskan tidak sempurna iman bagi sesiapa yang tidak kasih kepada saudaranya, sebagaiman kasih ia kepada dirinya sendirinya. maka wajiblah atas seseorang berusaha dan beriktiar supaya saudar-saudarnya beroleh manfaat dan kebajikan daripadanya.Apabila tiada dikasihi olehnya bagai saudarnya akan apa-apa ynag ia kasihi bagi dirinya, maka dialah orang ynag dengki. Imam Ghazali berkata:

Adalah dengki itu atas tiga perkara:

1. Bahawa dicita oleh seseorang akan hilang nikmat Allah ynag dianugerahknnya kepada orang lain dan diharapnya supaya berpindah kepadanya.

2. Bahawa dicita olehnya akan nikmat Allah yang dianugerahkannya kepada orang lain dan tiadalah ia bercita supaya berpindah kepadanya atau tiada.

3. Bahawa tiada ia itu supaya hilang nikmat daripada lainnya, tetapi ia sangat benci sekiranya orang lain itu beroleh pangkat atau nikmat.

Adalah hukum dengki itu dalam Islam iaitu haram dan telarang.

No comments: