Tuesday, September 22, 2009

Tentang ibadat solat yang pertama disoal.

Selasa, 22 September 2009/3 Syawal1430 (Hari Raya ke 3)



Abu Hurairah menceritakan, "Kami dengar Rasulullah saw bersabda, " Yang mula sekali seseorang itu akan disoal pada hari kiamat ialah solatnya. Seseorania akan gagal rugi besar kalau solatnya ditolak. Sekiranya sebarang kekurangan didapati dalam solat fardhunya Allah swt akan berfirman (kepada malaikat, "Carilah dalam catatannya kiranya dia ada bersolat nafal"

Maka kekurangan dalam solat fardhunya akan diganti oleh solat nafilnya. Amalan-amalan yang lainnya (umpamanya, puasa zakat dll) akan disoal sedemikian rupa juga"


1. Oleh itu kita patut banyak bersolat nafal bagi menampung kekurangan solat fardhu yang kita lakukan, kerana solat fardhu tidak memadai kita lakukan, bahkan solat-solat sunat perlu juga amalkan bagi tujuan itu.

2. Begitu puasa ramadhan ialah akan disoal selepas itu dan sebarang kekurangan akan ditampung olah puas asunat. Kemudian zakat pula akan disoal dengan ctinya amalan-amalan baik itu lebih berat dalam timbangan, maka orang yang berkenaan itu akan dimasukkan ke dalam syurga, kalau tidak dia akan terima azab di dalam neraka jahanam.

Begitulah amalan-amalan Rasulullah saw iaitu apabila sesiapa memeluk ugama Islam, yang mula-mula sekali diajar kepadanya ialah solat.

No comments: