Sunday, September 27, 2009

Mengingati Mati

Ahad, 27 September 2009 /8 Syawal 1430


Orang yang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati, kerana ia akan dapat mengingati kebangkitnya di akhirat serta membuat persediaan amalan sebagiamana yang diperintahkan Allah swt, di smaping melaksanakan tugasnya semasa hidup di dunia yang sementara atau fana ini.

Disebaliknya bekalan amalan kebajikan untuk akhirat akan dapat dimanfaatkan di akhirat kekal abadi atau beterusan selama-lamanya. Perancangan jangka panjang yang diamalkan sudah tentu tibanya, sedangnya hidup dunia yang seketika sebagai tempat musafir hanya untuk jangka yang sekejap mengikut umur kita yang ditentukan Allah swt.

Oleh itu selalulah ingat akan tibanya masa mati dan selepas itu menghadapi Tuhan yang mana kita akan disoal amalan kita sama ada melakukan kebaikan atau kejahatan dan akan menerima balasan yang ditetntukan sama ada dibalas dengan syurga atau neraka.

" Secerdik-cerdik manusia ialah terbanyak ingatannya kepada kematian serta terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat."

- (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunnya)


Semasa hidup di dunia ini, dengan mengingati mati itu seseorang itu akan dapat melupakan kenikmatan dan keseronokan dunia yang diperolehinya sepnerti kekayaan harta benda, tempat tinggal, pakaian , kemudahan makanan dan lain-lain yang meyeronok dan melalaikan daripada ingat kepada ALLAH SWT, tetapi kenikmatan itu semuanya berakhir dengan kematian selepas nyawaya di cabut oleh Allah swt

Oleh itu kita hendaklah mencari kenikmatan yang tidak ada kematian di akhirat yang kekal abadi di akhirat dengan mengamalkan amal soleh seta membabawa bekalan untuk akhirat.Jika kita sentiasa mengingati mati, kita akan sentiasa tabah akan menghadapi kedatangannya bila-bila masa, dan sekiranya kita di dalam taat kepada perintah Allah, saat kematian itu bagi kita merupakan saat yang amat bahagia , kerana saat itulah kita dapat bertemu dengan Allah swt kekasih kita.

Kenikmatan dunia yang berlebihan menjadikan seseoraag itu terlupa dari mengingati kematian. Bahkan ia ia akan lalai sama sekali dari mengingati mati dan adanya kehidupan yang kekal abadi di kahirat selepas kematiannya. Malahan orang yang tidak mengingati mati akan tidak takut mati dan berangapan akan terlepasa dari mati walaupun dia mungkin diberi peringatan mengenainya.

Firman Allah swt dalam Surah Jumu'ah :8, yang bermaksud;

"Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri
daripadanya itu, pasti akan menemui kamu kemudian kamu semua akan dikembalikan ke Dzat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Selanjutnya Dia akan memberitahunya padamu semua apa-apa yang kamu lakukan".

Cara ynag terbaik mengingati mati adalah antarnya mengingati ahli keluarga yang tersayang atau sahabat kenalan ynag btelah lebih dahulu mneinggalkan kita.

Selalulah kita menziarah orang yang sakit, mensolatkan jenazah dan menghantarnya ke kubur, menziarahi perkuburan kerana dia akan dapat mengingatkan kematian dan hari akhirat, dan muhasabah diri tentang apakah yang kita akan bawa untuk bekalan ke akhirat, mengingati bahawa azab Allah swt sangat pedih dan berwaspada dengan pengawasan Allah swt terhadap hambanya di mana dan pada setiap masa ianya berada. nabi bersabad, " apabila kamun tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu" -(Al Bujhari ndan Muslim)

Jauhuilah sifat lalai dari mengingati Allah, jangan melakukan maksiat, jauhilah kemegahan kekayaan duniawi, jangan mensia-siakan masa atau umur hidup semasa sihat dan masa yang diberi nikmat oleh Allah swt. dengan banyak berzikir kepada Nya.

Rasulullah saw bersabda kepada Abdullah bin Umar r.a.

"Jikalau engkau beraada di waktu pagi, maka janganlah menunggu-nunggu datangnya waktu petang (untuk mencari bekal kematian) dan jikalau engkau di waktu petang, maka jangan menunggu detanngya waktu pagi (untuk itu pula).

Ambillah kemanafaatan sewaktu hidupmu ini untuk bekal kematianmu dan sewaktu masih sihat untuk bekal sakitmu."

- (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban)

No comments: