Thursday, September 3, 2009

Amalan di dalam ramadhan

Khamis 3 September 2009/13 Ramadhan 1430

Diantara amalan-amalan yang dituntut semasa menjalani puasa ramadhan secara ringkas ialah:

1. Berniat puasa pada malam harinya.

2. Makan sahur serta sunat mentakhirkan sahur- hingga ada waktu antara makan
dan solat subuh, sekadar membaca 50 ayata al Quran

3. Meninggalkan kerja,perbuatan seperti perkataan keji, mencela-cela orang yang
sia-sia

4. Menahan diri dari cercaan orang lain

5. Menyegerakan berbuka puasa bila masuk waktu berbuka puasa.

6. Berbuka dengan buah kurma dan manisan.

7. Memperbanyak doa ketika berbuka pt memohonan keampunan dari dosa.

8. Banyakkan sedekah dan memberi makan orang yang berpuasa.


9. Menghidupkan malam ramadhan dengan solat-solat sunat atau qiyamulail.

10. Memperbanyakkan tadarus/membaca Al Quran di rumah atau di masjid. (Sebab
Rasulullah pada setiap malam Ramadhan belajar alQuran dari Jibril a.s. serta
mempebaiki lafaz dan tajwidnya)


11. Memperbanyakkan istighfar, zikirullah dan berdoa untuk mendapat keampunan
Allah swt.

12. Kerjakan Solat terawih

13. Iktikaf di masjid

14. Berusaha mendapatkan ganjaran lailatul Qadar.

15. Memperbanyakkan istighfar pada malam terakhir ramadhan.

16. Mengeluarkan zakat fitrah (bermula terbitnya bulan ramadhan hingga 1 syawal
sebelum solat idilfitri dimulakan)

17. Mandi sebelum mengerjakan solat idilfitri

18. Memakai pakain yang bagus di hari Raya

19. Makan seblum pergi solat hari raya.

20. Mengambil jalan berlainan ketika pergi dan pulang dari masjid/tempat solat.

21. kerjakanlah Puasa 6 bulan syawal.

No comments: