Sunday, June 8, 2008

Sifat Takabbur/Sombong bakal masuk Neraka

Sifat Takabur/ sombong bakal masuk Neraka.

Bila direnungkan ramai di antara kita mempunyai sifat yang dikeji iaitu sifat takkabur/sombong.
Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu, mereka itu akan masuk nerakan Jahannam dengan menderita kehinaan".

Bahaya takbur
Sabda Rasulullah s.a.w

DARIPADA Abdullah: Sabda Rasulullah s.a.w: Tidak akan masuk syurga mereka yang ada dalam hatinya seberat zarah daripada sifat takbur. (Riwayat Tarmizi).

Pengertian.

Dalam hadis ini, Rasulullah menegaskan bahawa sifat takbur yang ada dalam jiwa seseorang itu adalah penghalang utama untuk dia ke syurga kerana sifat tersebut akan menggugurkan segala amalan kebaikanya, malah keimanan dan akidahnya juga dikhuatiri akan terjejas dan layu dan mati, maka seseorang itu tidak berhak untuk memasuki syurga Allah di akhirat nanti

Kesimpulan

Penyakit takbur ini amat berbahaya jika ia menyerang benih iman yang ada dalam hati seseorang itu hingga dia tidak layak untuk ke syurga kerana imannya sudah layu dan mati.

Apakah makna takkbur itu?

Takabbur adalah sifat seseorang yang merasakan sifat dirinya lebih tinggi dan lebih besar kedudukannya daripada orang lain. Dia melihat orang lain khususnya semasa berdepannya sebagai orang yang hina, bodoh, jahil dan sifat-sifat lain yang remdah kedudukannya. Dengan sifat keji tersebut seorang itu tidak dapat bergaul dan berkasih sayang sesama saudaranya sebagaimana yang dikehendaki dalam Islam.

Ia juga tidak dapat bertawadhu' atau merendahkan diri sedangkan tawadhu' itu merupakan asas bagi segala akhlak orang yang bertaqwa kepada Allah swt. Sifat ini dapat dilihat dari segi perwatakannya yang pemarah, dengki, memperkecil dan menghina orang lain dalam perkataan dan perbuatan terhadap seorang yang berurusan dengannya. Sebaliknya dia manganggap dirinya amat mulia, terhormat dan melebihi orang lain dalam segala segi. Seperti dalam alquran diriwayatkan iblis laanatullah mengatakan, "Aku terlebih baik daripadanya yakni darpada Nabi Adam a..s., Engakau jadikan aku darpada api dan Engkau jadikan dia daripada tanah.

kita perlu ingat bahawa orang ynang ,mulia disisinAllah ialah orang yang lebih bertaqwa, spt mana firman " Orang ynag terlebih mulia daripada kamu kepada Allah iaitu orang yang terlebih takut/taqwa daripada kamu akan Allah Taala"

Takkabur itu dapat dilihat dari 2 segi:

1. Yang bathin - iaitu yang merupakan pekerti di dalam hati.

2. Yang lahir - yang merupakan kelakuan-kelakuan yang keluar dari anggota badan. Kelakuan-kelakuan ini amat banyak sekali bentuknya dan oleh kerana itu sukar untuk dihitung dan diperincikan satu persatu.

Terdapat 2 jenis sifat yang merupakan himpunan dari kesombongan iaitu;

1. Menolak atau eggan menerima serta mengikuti apa-apa yang benar.
2. Menganggap hina, rendah dan kecil pada orang lain.

Bagi mereka yang takbbur atau sombong tersebut sebenarnya ia menentang Allah swt, dan perwatakan itu tidak sesuai atau layak bagi manusia kerana hanya Allah swt sahajalah yang mempunyai Zat yang Maha Esa lagi Maha Agung. Sebagai manusia ia tidak mempunyai sebarang kuasa melakukan kecuali dengan izin dan pertolongan Allah swt.

Sifat-sifat berikut mempengaruhi sifat takbur/ kesombongan seseorang.

1. Sombong dengan Ilmu pengetahuan ynag diperolehinya.
2. Sombong dengan amalan dan peribadatannya.
3. Sombong dengan asal keturunannya.
4. Sombong dengan kecantikannya
5. Sombomg dengan harta kekayaannya
6. Sombong dengan kekuatan dan ketangkasan tubuhnya.
7. Sombong dengan banyaknya pengikut, penolong, keluarga atau kerabat.

Oleh itu kita dituntut menamalkan akhlak yang mulia, berlemah lembut baik dalam perkataan, perbuatan dan hati kita. Kita seharusnya bertawadhu' mencontohi sifat-sifat Nabi yang berperangai lemah lembut, baik dalam pergaulan, riang wajahnya, gemar merendahkan diri lagi amat dermawan.

4 Jamadilakhir 1429/ 8 Jun 2008 (Ahad)



No comments: