Isnin, 23 Jun 2008.
Diriwawatkan daripada Abu Musa r.a. "Daripada Nabi saw, baginda bersabda, " Sentiasalah membaca Al Quran ini. Demi diri dan jiwa Muhammad yang berada di tanganNya. Sesungguhnya Al Quran itu sangat mudah hilang daripada ingatan berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan daripada sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari)
- HR Bukhari (9/793) dan Muslim (791)
Barang siapa yang ingin mendapatkan kebaikan daripada Allah swt hendaklah menjadikan Al Quran sebagai penghuni di dalam hatinya dan selalu memikirkan kandungannya.
Dengan membaca Al Quran seeorang itu dapat menerangkan hati dan menghadkan pandangan. Quran merupakan sebaik2 perkataan kerana seseorang yang menjadikan Al Quran sebagai petunjuk kehidupannya akan menerima nur, yang menembusi liang hatinya. Sesudah seseorang itu merasakan betapa besarnya nikmat membaca Al Quran, sudah pasti ia tidak berpaling ke arah yang lain.
Sesungguhnya Al Quran merupakan penyembuh segala penyakit, seperti mengubati kegelisahan di dalam hati, menenangkan hati dan rasa serta menghidupkan perasaan yang telah mati. Maka perkataan yang terbaik di dunia ini adalah Al Quran.
Firman Allah, Ertinya, "Dan sesunguhnya telah kami permudahkan pembelajaran Al Quran sebagai pengajaran, maka adalkah mereka mengambil pengajaran tersebut"
- Al-Qamar;17
Allah mempermudahkan pembelajaran Al Quran bagi sesiapa sahaja yang ingin membacanya dan menerima dengan hati yang penuh keikhlasan.
Al Quran merupakan mukjizat yang rasional yang kekal selama-lamanya. Ia merupakan pembawa nikmat bagi penduduk syurga, sebagaimana nikmat yang nereka perolei ketika berada di dunia. Barang siapa yang selalu membbaca Al Quran dengan teliti dan merenung kandungan didalam nya, maka dia berada di dalam syurga dunia tanpa mengetahui hakikat syurga tersebut.
Oleh itu adalah difahamkan dari hadis di atas Allah menyeru seluruh kaum mukmin membacanya, mengulangannya, meghafal dan memahami makna serta menghayati kandungannya.
No comments:
Post a Comment