Sunday, June 29, 2008

Ayat Kursi Surah Al-Baqarah ayat 255

Ahad, 29 Jun 2008/25 Jamadilakhir 1429

Ayat yang dekenali dengan Ayat Kursi ialah ayat 255 dalam surah AlBaqarah Juz 2, adalah ayat yang paling utama dari sekalian ayat -ayat Quran, sebab pahala membacanya melebihi pahala membaca ayat-ayat yang lain. Ianya juga penghulu dari sekalian ayat.


Maksud firman Allah awt,

" Allah itu, Tuhan, yang tiada Tuhan melainkan Allah, Dia yang hidup (kekal) lagi amat menjaga. Tiada Dia mengantuk dan tiada tidur. Dia mempunyai segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada siapa yang dapat memberi syafaat (pertolngan) pada sisiNya, melainkan dengan izinNya. Dia mengetahui apa-apa yang ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang m,ereka. Tiada mereka mengetahui sesuatu npun akan ilmu Allah, melainkan dengan kehendNya. KerusiNya (ilmuNya dan kerajaanNya) meliputi seluruh langit dan bumi, dan tiada keberatan bagiNya menjaga kedua-duaNya. Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar".

Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawasanya Rasululah saw bersabda:

" Tiap-tiap sesuatu itu ada kemucaknya, dan sesungguhnya kemuncak al-Quran itu adalah surah Al Baqarah yang di dalamnya ada sebuah ayat, dialah penghulu segala ayat Al-Quran".

Disebutkan dalam al-Baidhawi bahawa Nani saw bersabda yang b ererti, " Sesungguhnya sebesar-besar ayat Al Quran itu ialah Kursi. Barangsiapa membacanya, Allah akan utus malaikat bagi menulis kebajikanya dan menghapus kesalahannya, mulai dari saat itu hingga ke hari esok"

Huraian kepada ayat di atas:

1. Ayat tersebut menerangkan bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah sahaja. Dia bersifat "hai" ertinya hidup, yakni kekal selama-lamanya., tidak akan mati atau binasa, bersifat "qoium" ertinya amat menjaga, yakni bertanggungjawab mengurus dan mentadbirkan semua makhlukNya. Tidak pernah mengantuk, apalagi tudur, Bahkan sentiasa jaga dan siap sedia, kerana mengantuk itu melupakan ingatan dan tidur itu menghilangkan kesedaran akal dan hati, juga menghilangkan tenaga, kekuatan dan kekauasaan yang bererrti mati. Maka orang yang tidur serupalah dengan orang yang mati.

2. Allah itulah yang memilki segala sesuatu, baik yang ada dilangit maupun yang ada di bumi, semuanya adalahmilikNya, MakhlukNya dan hambanya. Maka tidaklah layak bintang di langit atau berhala di bumi dipertuhan oleh orang musyrik, kerana semuanya itu makhluk Allah juga.

3.Tiada siapa yang dapat memeberi syafaat (pertolongan) melainkan dengan izinNya. Maka pada hari kiamat kelak, segala berhala orang yang musyrikin semabah tiadalah dapat menolong dan menjamin mereka di sisi Allah.

4. Ilmu Allah dan kerajaaNya meliputu seluruh langit dan umi, dan tiada pula Allah keberatan menjaga dan memelihara keduanya kerana Dia Maha Tinggi, tidak ada yang lebih tinggi daripadanya dan Maha Besar tidak ada yang lebih Agung daripadaNYa.

5. Allah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka (akan datang) dari perkara-perkara yang baik dan jahatnya, yang mengetahui apa di belakang mereka, yakni yang sudah mereka lakukan Tiada mereka mengetahui sesuatu pun akan ilmu Allah melainkan dengan kehendakNya.Para Rasul dan nabi sahaja yang mengetahui ilmu Allah kerana yang demikian itu sebagai bukti kerasulanNya.

No comments: