Sunday, June 1, 2008

Mengapa kahwin/Nikah - Siri 3. Merisik , Meminang, akad nikah, mahar/maskahwin

1. Merisik

Merisik adalah langkah permulaan untuk seorang lelaki mengenali bakal isterinya. Islam mengharuskan seorang lelaki itu melihat bakal isterinya dengan lebih dekat tetapi sekadar muka dan dua tangan sahaja.

Sabda Rasulullah dari Abu Hurairah r.a. yang bermaksud. " Bahawa Nabi bersabda kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: Adakah kamu telah melihatnya? Jawabnya: Tidak. Sabdanya, "Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin betkekalan".

2. Peminagnan ialah tidakan yang diambil oleh seorang lelaki dengan melamar wanita yang diplih bakal menjadi isterinya.Peminangan ialah sebagai tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil wanita itu sebagai isterinya. Lamaran itu boleh dilakukan dengan kata-kata yang terus terus terang maksudnya atau dengan bahasa kiasan. Lamaran boleh diajukan kepada wali wanita itu atau melalui orang perantaraan. Wanita yang boleh dipinang ialah wanita yang sah dikahwini dan yang belum bertunang.

Maksud hadis, Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

"Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia memutuskannya."
- (
Al Bukhari dan Muslim )

Apabila lamaran telah diterima oleh pihak perempuan terjalinlah ikatan pertunangan antara bakal suami isteri. Namun demikian mereka belum lagi boleh bergaul secara bebas. Pertunangan bukanlah kebebasan yang pasangan tersebut boleh berdua-duan atau bersekedudukan sehingga boleh menimbulkan implikasi dan gejala buruk kepada diri dan masyarakat.

3. Akad Nikah.

Akad nikah adalah ikatan perjanjian antara suami dan isteri untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah bagi membina institusi keluarga yang penyanyang.

Ijab dan qabul hendaklah dilakukan pada majlis yanag sama. Ucapan qabul (Penerimaan) pula hendaklah tidak menyalahi sighat ijab. Selain itu bahasa yang digunakan mesti jelas dan dapat difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi.

4. Mahar( Maskahwin).

Mahar adalah sesuatu yang bernilai diberikan kepada isteri kerana akad perkahwinan. Suami wajib memberi mahar kepada isteri sebagai tanda penghargaan, tanggungjawab dan kasih sayang. Firman Allah Surah An NIsa :4.

"Terjemahannya, " Berikan lah maskahwin kepada perempuan-perempuan sebagai pemberian wajib."

Mahar tidak ditentukan kadarnya. Ia boleh ditentukan mengikut kedudikan bakal isteri dan persetujuan kedua-dua pihak. Mahar yang paling baik mengikut syariat Islam ialah mahar yang sederhana kadarnya.
Islam tidak menggalakkan pihak isteri meletakkan mahar yang tinggi sehingga menimbulkan kesulitan bagi pihak bakal suami.
menyebut kadar mahar ketika akad nikah hukumnya sunat. Mengikut hukum syara' mahar boleh dibayar secara tunai atau hutang. Apabila berlaku perceraian atau kematian salah seorang daripadanya, mahar yang terhutang wajiblah dibayar segera.

Terdapat 2 jenis mahar mengikut penentuan kadarnya. Pertama ialah Musamma iaitu mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Kedua ialah mahar mithlin yang kadarnya ditentukan mengikut kadar mahar saudara-saudara perempua pihak isteri.

5. Walimatul urus.

Majlis kenduri atau jamuan bagi meraikan perkawinan, denha tuan merasakan kesyukuran dan menjemput saudara mara dan sahabat handai di samping memberitahu orang ramai berlangsungnya perkahwinan antar kedua pengantin lelaki dan perempuan tersebut.

Hukum mengadakan walimatul urus adah sunat muakad. Ia hendaklah diadakan secara sederhana mengikut kemampuan. Pembaziran adalah ditegah dan majlis hendaklah bebas dari perkara yang haram yang kharafat dan berunsur maksiat.



No comments: