Isnin, 30 Jun 2008/ 26 Jamadilakhir 1429,
Insya Allah, 1 September bersamaan dengan 1 Ramadhan 1429 , Kira-kira 2 bulan 4 hari lagi Umat Islam akan menyambut Ramadhan dan mula berpuasa. Semoga dilanjutkan umur dan dapat menunaikan fardhu puasa bulan ramadhan tahun ini.
*******************************************************
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah saw sabdanya yang bermaksud:
" Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mukmin yang lemah.Pada yang kuat dan yang lemah ada kelebihan masing-masing. Berusahalah untuk mencapai sesuatu yang berfaedah dan jangan lemah, jika kamu ditimpa sesuatu bencana janganlah kamu berkata: Kalau aku buat begini tentu jadi begini, tetapi katakanlah: Allah telah mentakdirkan. Apa-apa yang Allah kehendaki dilakukannya, kerana perkataan "kalau" membuka ruang kepada amalan syaitan"
-Riwayat Muslim.
Huraian:
1. Allah menganugerahkan kepada manusia kemampuan berfikir, merancang, bertindak dalam melakukan urusan mereka. Manusia melakukan sesuatu menggunakan tenaga, kemampuan dan benda-benda ciptaan Allah. Contonya seseorang yang bekerja akan mengeluarkan hasil dari ushanya dengan izin Allah. Tapi harus diingat bahawa hamba dan usahnya dijadikan oleh Allah. Dengan sebab itu semua perbuatanny manusia dijadikan oleh Allah swt,
Firaman Allah surat As Saffat:96, Terjemahannya:
" Dan Allah yang mencipotakan kamuj dan apa-apa yang kamu lakukkan"
2. Perbuatan manusia dan segala yang terjadi kepadanya terbahagi kepada "ijbari" dan "ikhtiari".
a) Ijabari- ialah sesuau yang berlaku di luar kehendak serta bukan hasil usaha manusia. Perkara ijbari seperti cacat dan sempurna anggota, warna kulit, cerdas dan lemah akal, sihat, sakit, mala petaka dan sebagainya. Perkara-perkrka tersebut berlaku dengan takdir Allah semata-mata, tanpa usaha dan ikhtiar manusia. Firman Allah dalam surah Al Qissas:68, terjemahannya,
" Dan Tuhan kamu menciptakan apa-apa yang Dia kehendaki dan Dialah juga yang memilih. Tidak ada pilihan bagi mereka"
b) Perbuatan ikhtiari pula ialah segala sesuatu yang berlaku dengan kemahuan dan hasil usaha serta ikhtiar manusia. Manusia mempunyai pilihan untuk melakukan atau sebaliknya. Atas kebebasan memillih inilah manusia dipertanggungjawabkan segala perbuatannya . Oleh sebab itulah ada dos dan pahala.
3. Beriman dengan Qadar dan Qadha diasaskan kepada kepercayaan kepaad sifat qudrat, iradat dan ilmu Allah. Kita wajib percaya bahawa segala kejadian yang berlaku adalah dengan kuasa dan ketentuan Allah. Kita juga wajib percaya bahawa Allah mengetahui segala perbuatan kita dan apa-apa yang berlaku sama ada sebelum atau sesudahnya. Firman Allah dalam Surah AlQamr: 49, Terjemahannya,
" Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan."
No comments:
Post a Comment