Sunday, June 1, 2008

Doa kepada arwah

1 Jun 2008/26 Jamadil Awal 1429 Hari Ahad.

Malam tadi saya dijemput untuk menghadiri Majlis Tahlil Arwah untuk Allahyarham Syed Mahathir b Syed Osman Di Taman GreenWood, Gombak. Kebetulan saya di minta memimpin majlis bacaan Yaasin dan Tahlil tersebut. Semua hadirin diminta sama-sama memohon doa dengan ikhlas kepada Allah untuk kesejahteraan arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan golongkan sebagai ahli syurga dan menghrapakan pahala dari bacan ayat-ayat suci dan tahlil serta zikir yang di lafazkan dapat disampaikan disedekahkan pahalanya kepada Allayharham. Pagi ini saya kesempatan membaca beberapa hadis dari petikan Ihya Ullumudin karangan Iman Ghazali. Antaranya ialah.

1. Diriwayatkan dari Rasulullah saw bahawa beliau bersabda, ": Mayat dalam kuburnya, adalah seumpama orang karam, yang berrgantung pada tiap-tiap sesuatu. Mayat itu menunggu dia dari anaknya atau bapanya atau saudaranya atau keluarganya. Dan sesungguhnya masuk ke dalam kubur orang-orang mati, doa dari orang-orang hidup dari nur, seperti bukit"

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Mansur Ad-Dailami dari Abu Hurairah.

Dan sesetengah salaf berkata: " Doa bagi orang-orang mati adalah seperti hadiah bagi orang-orang hidup. Maka masuklah Malaikat kepada orang mati itu dan bersertanya sebuah talam dari nur, yang di atasnya sehelai sapu tangan nur. Lalu Malaikat itu berkata :"Ini lah hadiah bagimu dari saudaramu si Anu, dari keluarga si Anu. Salaf itu berkata seterusnya: "Maka senanglah mayat itu dengan yang demikian, sebagaimana senangnya orang hidup dengan mendapat hadiah".

Semoga permohonan ahli keluarga dan hadirin diberkati Allah jua hendaknaya.

No comments: