Sabtu 1 Januari 2011/25 Muharam 1432.
Setiap orang Muslim wajib ia percaya atau beriman dengan Allah. Allah adalah nama bagi zat Tuhan yang wajib wujud. Allah adalah nama khas pada lafaznya yang bererti lafaz Allah hanya ljusus untuk Tuhan yang bersifat wajib wujud. Nama ini tidak boleh dinamakan kepada selain zat Allah melainkan dengan disandarkan seperti nama Abdullah (hamba Allah).
Erti nama ini hanya khusus bagi Allah Taala dan tidak boleh difahamkan pengertian ini kepada selain Allah. kerana nama Allah itu membawa maksud "ma'bud bihaq" (yang disembah dengan sebenar-benarnya. Pengertian ini hanya khusus ada bagi Allah dan tidak boleh difahamkan penegrtain ini selain Allah. Menrut Jumhur Ulamak, lafaz Allah adalah AsmulalA'zam (Nama yang paling Agung)
Ar Rahmnan ialah kata nama bagi sifat Allah Taala. Kata Nama ini adalah khas dari sudut lafaznya tetapi dari sudut penegrtiannya adalah umum.Sebab ia dikira khas pada lafaznya iaitu keran lafaz ar rahman itu hnaya khusus disifatkan kepada Allah jua dan idak harus dikatakan kepada selain dari Allah.
No comments:
Post a Comment