Selasa, 25 Januari 2011/20 safar 1432.
Perkara-perkara yang menyebabkan hadas besar (mandi Wajib)
Di antara perkara-perkara yang menyebabkan hadas besar atau mandi wajib ialah:
1.Keluar air mani samada jaga atau ketika tidur.
2.Bersetubuh (samaada keluar mani atau pun tidak).
3. Keluar darah haid.
4. Nifas (darah beranak)
5. Mati (iaitu orang yang meninggal dunia wajiblah ia dimandikan oleh orang yang hidup).
2. Fardhu-fardhu mandi:
1. Berniat. (maksudnya: Sahaja aku menmgangkat hadas besar semata-mata kerana Allah Taala)
Nota: Ketika berniat ialah ketika mencurah air ke atas kepala bagi kali yang pertama, ketika inilah masa wajibnya berniat) di dalam hati.
2. Meratakan air pada keseluruhan anggota badan hingga meliputi kepala dan rambutnya.
3.Sunat mandi:
1. Membaca Bismillah...
2. Mengambil wudhu' lebih dahulu sebelum mandi.
3. Menggosok-gosok seluruh badan.
4. Mendahului anggta yang kanan dari anggota yang kiri.
5. Mengulangi pebuatan itu sebannyak 3 kali.
6. Menutup aurat ketika mandi.
7. Wanita yang mandi wajib haid dan nifas hendaklah diiringi dengan meletakkan baun (sepert baun kasturi) di tempat keluar darah haid (lubang faraj).
Cara2 kesempurnaan mandi janabah (bersetubuh)
1. Mulakan dengan membasuh kedua tapak tangan.
2. Membasuh kemaluan dn bahgaiann sekelilingnya dan membersihkan celah-celah dan liptan kulit anggota tubuh badan hu dengan sempurna spt ketiak, celah kangkang dan perut pusat dan sebagainya.
3.Berwudu ( lakukan yang sunat dan wajib)
dengan berniat.. (Sahaja aku bersuci dari hdas besar, semta-mata kerana Allah Taala)
4. Mula mandi dengan menjirus air mula dari kepala, badan sebelah depan dan kemudian sebelah belakang. Dahulu badan sebelah kanan , sebelah kiri, dengan mengulangi 3 kali.
5. Doa selepas berwudhu'.
No comments:
Post a Comment