Tuesday, January 11, 2011

Ketakitan dosa dan kemahuan melakukan taubat

Selasa 11 januari 2010/6 Muharam 1432

Pesanan Khalifah Umra bin abdul Azizi, Khalifah Umayyah ke 7 yang berpesan:

" Wahai sekalian manusia; janganlah kamu menganggap kecil dosa-dosa itu. Selidiki dan usahakanlah untuk mengikis habis apa-apa yang telah dilakukan, dengan jalan melakukan taubat;
Allah berfirman: "Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu akan menghilangkan segala perbuatan-perbuatan jahat. Itulah peringatn bagi orang-orang yang mahu ingat.

Seterunya beliau berkata: " Telah sia-sia dan merugi orang-orang yang keluar dari rahmat Allah yang meliputi segala sesuatu, dan dia telah diharamkan (dilarang) untuk masuk Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Ketahuilah bahawa perasaan aman pada hari esok (hari qiamat kelak) tersedia bagi orang yng takut akan Tuhannya, ialah orang yang suka menjual barang yang sedikit untuk ditukarkan dengan yang banyak, orang yang suka menukar yang fana' dengan yang kekal abadi."

No comments: