Ahad,16 Januari 2010/11 afar 1432.
Buraidah ra berkata, " Rasulullah saw, bersabda; Aku telah menegah kamu dari menziarahi kubur. Kemudian Muhammad telah diizinkan untuk menziarahi kubur ibunya, maka ziarahilah kubur, kerana menziarhi kubur itu mengingatkan kepada hari akhirat"
Huraian: Memziarahi kubur adalah satu ibadat ynag disukai bagi orang -orang lelaki. Pada mula-mulanya dahulu menziarahi kubur otu tidak dibenarkan, kerana pada masa itu orang-orang yang menziarahi kubur tidak memelihara tatatertib menziarahi kubur, berhiruk-pikuk dan bermaki di perkuburan.
Rasulullah sendiri pernah menziarahi kubur ibunya dan menangis, menangislah segala sahabat yang bersamanya. Beliau berkata:
"Saya telah memita izin kepada Allah agar saya boleh memoon ampun dosa bagi ibu saya. Allah telah megizinkan. kemudian saya memohon izin supaya boleh menziarahi kubur ibu saya. Allah mengizinkannya. Kerana itu ziarahilah kubur, kerana memziarahi kubur mengingatkan kita kepada kematian".
-( HR Ahmad, Muslim dan ahus Sunan selai dari At Tarmizi)
Ibnul Qayyim berkata: "nabi saw apabile menziarahi kubur, menziarahinya untuk berdoa bagi isi kubur, memohon rarmat unyuk mereka itu dan memohon ampun bagi mereka itu.Nabi saw datang ke perkuburan, untk kebaikan orang yang telah meninggal.
menziarahi kubur adalah untuk mengingati kepada hari akhirat, maka hal ini mencakupi lelaki dan perempuan.Segolongna ulamak tidak menyukai para wanita menziarahi kubur, kerana mereka kurang sabar dan kerana Nabi saw mengutuk wanita yang banyak menziarahi kubur. Boleh jadi Nabi saw melarang kerana mereka sering melakukan perkara yang dilarang agama seperti meratap menangis, tetapi jika terpelihara dari penyelewengan, maka tidak ada halangan mereka menziarahi kubur.
No comments:
Post a Comment