Saturday, April 3, 2010

Kepentingan ibadat solat

Sabtu, 3 April 2010/18 Rabiulakhir 1431


Kepentinan solat ini disesuaikan dengan beberapa petikan hadis bagi mendapatkan secara keseluruhan pengertian melakkan amalan solat yang dapat menjadi pegangan khususnya semasa bersolat. Maklumat ini sudah tentunyalah perlu diamalkan dengan kaedah kafiat solat dan pengertian bacaan dalam solat yang perlu dipatuhi sebagai syarat serta rukun dalam solat.


1. Solat adalah kewajipan orang muslim terhadap Allah swt. Pemisah antara seseorang dengan syirik adalah solat.Dengan bersolat seseorang itu orang mukmin.Solat dapat menentukan keimanan seseorang.Dengan solat Allah mewajibkan syurga haram baginya neraka.Dengan solat sesorang itu terpelihara dari godaan Syetan

2.Solat menghubungkan antara manusia dengan Allah. Allah memberikan perhatian semasa seseorang itu bersolat.Allah paling suka kepada hambanya yang sujud dengan penuh rasa hina.Sedekat-dekat Allah kepada hambanya adalah ketika ia bersujud kepadaNya. Allah mengharamkan api neraka bagi anggota -anggota sujudnya.

3.Solat adalah sebagai cahaya hati. Barangsapa ingin agar hatinya selalu bersinar, maka hendaklah mneyinarkan dengan solat.Solat dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Allah memberikan kemapunan melalui solat yang khyusu' dan khudhu' baik fardhu atau sunat. Allah mencucurkan rahmat ke atas seorang yang sedang berdiri dalam solat.

4. Solat itu ialah berbentuk doa.Semasa bersolat seorang itu merendahkan diri kepada Allah dan pengakuan terhadap kelemahan dan perhambaan serta pengharapan kepadaNya.Sebagai doa dan solat Allah memberikan pahala dan Allah mengabulkan doa seseorang yang ikhlas dalam solatnya.

Ibu Qayim rag.a. menulis dlamam kitabnya "Zaadul Ma'aad";

" Solat adalah kunci rezeki. Solat menjaga kesihatan, mengusir penyakit,menguatkan hati, mencerahkan wajah, menyenangkan jiwa, menyegarkan badan, menjauhkan malas, melapangkan dada, makanan ruhani, mencerahkan hati, menjaga tetapnya nikmat Allah pada kita, pelindung dari azab Allah, menjauhkan syetan dan mendekatkan diri kepada Ar rahman. Solat memilki pengaruh yang luar biasa terhadap jasmani dan ruhani dan menjauhkan kita dari kebinasaan dunia maupun akhirat. Jadi solat sangat bermanafaat di dunia dan di akhirat"


Maksud hadis Nabi saw:

Dari Ibu Mas'ud ra. sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, " Setiap tiba waktu solat, diutuslah seorang penyeru (malaikat) lalu berseru:

" wahai anak Adam, berdirilah dan padamkanlah api yang sedang kamu nyalakan untuk membakar diri kamu!. Orang-orang pun berdiri lalu bersuci lalu melaksanakan solat zuhur, maka dosa-dosa mereka antara keduanya (Subuh dan zuhur) diampuni. Apbila waktu asar, maka seperti itu juga, waktu magrib seperti itu juga dan waktu Isyak seperti itu juga. Setelah Isyak orang-orang pun tidur, Maka ada sebahagian orang yang menghabiskan malamnya dengan kebaikan dan ada juga yang menghabiskan malamnya dengan keburukan"

- ( Hr Thabrani - at Targhib)

No comments: