Sunday, April 4, 2010

Sifat wudhuk yang sempurna serta solat 2 rakaat dapat mengampunkan dosa yang telah lalu.

Ahad, 4 April 1010/19 Rabiulakhir 1431




Humrah (Humrah ibn Aban) maula Uthman ra menerangkan:

"Bahawasanya Uthman memanggil orang untuk membawa kepadanya suatu bejana air. Maka beliau menuangkan atas dua telapak tangannuya(sebelah tangan sesudah sebelah tangan) tiga kali, dan membasuh kedua-duanya. kemudian beliau memasukkan tangannya (menceduk air) dalam bejana, lalu beliau berklumur-kumur(madlmadlah) dan menghirup air ke dalam hidung/( istinsyaq)( selepas itu dihembus keluar/(istintsar). Kemudian beliau membasuh mukanya tiga klai, dan membasuh kedua tangannya hingga kedua siku tiga kali. Kemudian beliau menyapu kepalanya. Kemudian beliau membasuh dua kakinya tiga kali hingga dua mata kaki.

Rasulullah saw telah bersabda:

"Sesiapa diantara kamu yang mengambul wudhuk dan menyempurnakannya dengan sebaiknya, kemudian dia berdoa:
( Ash Hadu Alla Ilaha illallahu , Wa'anna Muhammadan Abdullahi Warasuluhu. Allahhummaj 'alni manat tawwabiin Waj 'alni minal Muttaahhirin)

melainkan akan dibuka baginya lapan pintu-pintu syurga (dan akan) masuk melalui mana-mana pintu yang dikehendakkinya.

Begitu juga di anatara kelebihan mengambil wudhuk ialah diampunkan kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh anggota kita, dengan jatuhnya setiap titik air dan ditambah pula lagi dengan dosa selepas berwudhuk, maka dilipatgandakan kelebihan ini di sisi Allah swt.

Kemudian uthman berkata: ' Rasulullah saw besolat dua rakaat tanpa berbicara dengan dirinya dalam kedua-kedua rakaat itu( maksudnya: ikhlas, melupakan urusan ndunia), niscaya diampunkian baginya apa yang telah lalu dari dosanya (dosa keclnya)'

- (Riwayat Al Baukhari, Muslim, Al Lu'lu-wal Marjan)

Huraian:

1. Sunat hukumnya membasuh kedua belah telapk tangan sebelum kita memasukkan nya ke dalam bejana air dipermulaan wudhuk.

2. Mewajibkan kita menyapu kepala

3. Disunatkan solat wudhuk dua rakaat selepas berwudhuk.

4. Mengerakkan kita kepada berlaku keikhlasan dan menjauhkan dari pada memikir urusan-urusan keduniaan dalam solat.

5. Janganlah kita melakukan maksiat, lantaran mengingatkan bahawa solat itu mengkaffaratkan dosa, kerana solat yang mengkafartkan dosa , ialah solat yang diterima Allah swt. Kita para hamba tak dapat menegetahui sama ada solat kita itu telah diterima Allah atau tidak.

No comments: