Hari ini ialah Hari Perayaan keputeraan Nabai Muhammad saw, ynag di sambut dengan meriah bagi memperingati sumbangan besar terhadap agama islam dan membawa rahmat ke seluruh alam.
1. Bersempena dengan hari ini umat Islam di ingatkan dengan sirah hidup Nabi saw dari mula kelahirannya sehingga ia wafat dengan mengikuti sejarah serta latarbelakang hidupnya dan peranan serta sumbangannya terhadap Islam dengan perantaraan wahyu serta perintah dari Allah swt.
2.Menjadikan Al Quran yang disampaikan melalui Jibril kepada Nabi saw, sebagai panduan hidup yang menjelaskan hukum hakam serta peringatan untuk di laksanakan semas ahidup di dunia dan menjadi bekalan untuk khiratr.
3. Menjadikan sunnah atau hadis Nabi sebagai pegangan hidup dengan mempelajari serta mengamlakan hadis-hadis yang dijelaskan oleh para ulamak (dari segi akhlak, perkataan dan lain-lain yang berkaitan dengan peranan hadis)
4. Majlis-majlis sambutan yang diadakan termasuklah perhimpunan. pearakan, jamuan, majlis selawat/marhaban/berzanji dan doa selamat, serta ceramah maulidu rasul dengan tujuan memperingati dan mengaggungkan peranan yang telah baginda sumbangkan.
5. Diperingkat kebangsaan dan Negeri di adalah anugerah seperti tokoh maludil rasul yang diberikan kepada mereka yang berjasa dan memberikan sumbangan begi meningkatkan taraf hidup dan kemajuan setempat.
6. Kita dikehendaki /adalah sunat banyak membaca selawat kepada Nabi saw, kerana sabdanya, "Seesiapa disebutkan namaku di sisinya, mak hendaklah ia mengucapkan selawat kepadaku, kerana sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah azzaa Jalllla berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali"
(riwayat Ibnus Sunni dengan sanad jayyid)
(Pengiktirafan Tokoh Maulidur Rasul kepada ahli akademik Islam, Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi pengertian cukup besar dalam usaha membawa masyarakat menghayati ajaran Islam sebenar.
Justeru, beliau yang juga Timbalan Dekan di Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC) bersyukur dengan penilaian tertinggi kerajaan itu sekali gus membuktikan masyarakat menerima sumbangannya dalam menterjemahkan prinsip Islam.
"Saya merasakan diri saya tidak layak berbanding mereka yang lebih berdedikasi dan berbakti kepada agama dan bangsa.
"Apa pun saya bersyukur kerana ia membuktikan masyarakat boleh menerima bakti yang kita berikan, bukan atas soal peribadi saya yang dirasakan untuk menjadi asas penilaian," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 di sini hari ini.
Anugerah berupa hadiah wang tunai RM50,000 beserta sijil tersebut disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu,adzam Shah.
Kepakaran Mahmood Zuhdi dalam Islam banyak diterjemahkan dalam bentuk penulisan yang sehingga kini menerbitkan 25 buah buku, 11 jurnal dan 140 artikel merangkumi pelbagai aspek seperti Fiqh halal dan haram, ibadat dan muamalat.
Selain pendidik, beliau juga merupakan pakar motivasi dan ahli pemikir falsafah. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Metodologi Penyelidikan Syariah, Perbezaan Perundangan Islam dan Perundangan Islam Kontemporari.
Sementara itu, pelajar yang pernah menggemparkan negara dengan memperoleh keputusan cemerlang 21 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu, Nik Nur Madiha Nik Mohd. Kamal, 20, turut menerima Anugerah tokoh Maulidur Rasul kali ini.
Semangat beliau untuk berjaya walaupun terpaksa hidup dalam serba kekurangan memberi sinar dan harapan kepada anak pasangan nelayan dan pencuci di Universiti Malaysia Kelantan.
Nik Nur Madiha tidak hadir ke majlis anugerah tersebut tetapi diwakili oleh ibu bapanya, Mariani Omar dan Nik Mohd. Kamal Husin.
Menurut Mariani, anak sulungnya itu menitiskan air mata kegembiraan setelah mendapat tahu dinobatkan sebagai penerima anugerah.
"Semalam baru dia dapat tahu dia dianugerahkan. Dia memberitahu penganugerahan ini merupakan satu cabaran yang perlu diharungi lebih kuat memandangkan masyarakat sudah memberi kepercayaan kepadanya," katanya.
Nik Mohd. Kamal pula berkata: "Ia juga menjadi satu dorongan kepada orang lain supaya dapat memberi kegembiraan kepada keluarga mereka sebagaimana Madiha berikan."
Nik Nur Madiha kini menuntut di Universiti Jash Irbid, Jordan dalam bidang Sains Fizik.
Seorang lagi tokoh, usahawan beras terkenal Herba Ponni Taj Mahal, Faiza Bayumi Syed Ahmad, 68, turut diiktiraf atas sumbangan beliau secara aktif membantu masyarakat dalam kesusahan.
Syarikat Faiza Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 1992 kini mempunyai lebih 21 jenama beras selain mengeluarkan berbagai-bagai jenis rempah.)
Petikan dari Utusan Malaysia pada 27 Februari)
No comments:
Post a Comment