Sabtu, 13 Februari 2010/ 27 Safar 1431.
Rasulullah saw bersabda:
"Menuntut ilmu pengetahuan itu wajib atas setiap Muslim"
setiap orang muslim dan muslimat adalah diwajibkan (fardhu ain) pkan diri dengna ilmu pengetahuan dan tidak boleh diberi alasan untuk diabaikan.
Ilmu pengetahuan di sini bermaksud ilmu yang berkaitan dengan agama seperti tentang iman, dan aperkara-peraka yang diepeflukan unbuk melakukan alam terhadap Allah swt.
Ada pun ilmu-ilmu Islam yanag fardhu Ain dapat ditarik dari kesimpulan dari sabda rasulullah saw, ketika disoal oleh Sayidina Jibril a.s. dalam sebuah hadis yang masyhur berikut:
Berkata Saiyidina Jibril, " terangkan kepadaku rukun-rukun Islam?"
Jawab Baginda, " Hendaklah kamu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhaammad itu pesuruh Allah, kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa ramadhan, dan menunaikan haji jika berkuasa sampai ke ka'abah.
Kemudian Jibril bertanya lagi, "Terangkan kepadaku Rukun-rukun Iman"
Jawab Baginda, "Iman itu ialah mepercayai Allah, malaikat-malaikatnya, Kitab-KitabNya, Rasul-rasulNya, mempercayai Hari Akhirat dan takdirNya yang baik dan buruk.
Orang Islam mesti mengetahui hukum, kalau tidak ia mudah tercebur ke dalam perkara yang ditegah Allah dan boleh menjadi kufur/kafir.Tanpa ilmu akan jauhlah diri mereka dari kebenaran tuntutan Allah swt dan jiwa mereka tertunduk di bawah takluk hawanafsu, yang boleh menyebabkan mereka menerima kutukan dan tersingkir dari nikmat dan rahmatNya.
Sabda Rasulullah saw,
1. "Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntu ilmu penegtahuan, maka Allah akan melorongkan baginya jalan menuju ke syurga"
2. Sesungguhnya para malaikat akan melindungi penuntut ilmu dengan sayap-sayapnya, kerana redha dengan apa yang dibuatnya".
3. "menghadiri diri dalam majlis ilmu adalah lebih utama dari ersolat seribu rakaat, menziarahi seribu pesakit dan menghantar seribu jenazah"
4. Sesugguhnya Allah menjamin rezeki penuntut ilmu"
5. Tiada dibenarkan berhasad melainkan pada dua perkara: Seorang yang kurniakan Allah hikmah (ilmu penegtathaun) , lalu ia mengadili manusia dengannya serta mengajarkannya kepada orang lain pada waktu siang dan malam. Seorang lain yang dikurniakan Allah harta kekayaan, lalu ia membelanjakannya pada waktu siang dan malam"
Firman Allah yang bermaksud:
"Allah telah mengangkat orang -orang yang beriman di anatara kam, dan orang-orang yan g dikurniakan ilemu pengetahuan beberapa darjat".
- (Al-Mujadalah:11)
Peringatan:
Mmenuntut ilmu hendaklah diserta dengan tulus ikhlas, dan dilakukan semata-mata kerana Allah, sesudah itu hendaklah ia mengerah dirinya untuk beramal dengan ilmu yang dituntut serta mengajarkannya pula pada orang lain, dengan tujuan menempa keredhaan Alah Ta'ala dan mendapat balasanNya di hari akhirat.
No comments:
Post a Comment