Tuesday, January 12, 2010

Sifat' ujub

Selasa 12,Januari 2009/26 Muharram 1431

Sifat mazmumah anatan lainnya ilah 'UJUB. Ujub ertinya berbangga-bangga dengan menganggap besar nikmat dan merasa tenteram pada dirinya, tatapi lupa penisbatan nikmat tersebut kepada Pemberinya, iaitu Allah swt.

'Ujub boleh terjadi kerana

1. badan; apakah kerana ketampanan atau kecantikan, ataukah kerana kesihatan atan ketegapan bentuk badan.

2. pembicaraan, Ujub boleh jadi kerana pembicaraan, kemuliaan keturunan, ramai anak, banyak harta, ramai pengikut dan juga kerana banyak orang suruhan. Sifat ini ialah menunjukkan kebodohan. Sebab tempat itu bererti digunakan sebagai tempat mengalir bukan jala masuk pewujudan. Sabda Rasulullah saw, "Cukuplah seseorang itu dikatakan buruk apabila diia menghina saudaranya ynag muslim"

Penyebab utamanya ialh berbangga diri dan bersikap sombong. Kerana Allah sahajalah Yang Maha Besar dan Maha Agung.Sikap yang baik ialah bertawadhuk dan merasa hina di sisi Allah swt.

No comments: