Sunday, January 10, 2010

Kelebihan menolong orang yang perlukan bantuan

Ahad, 10 januari 2009/23 Muharram 1431


Draipada Abdullah bin Umar ra bahaw rasulullah saw bersabda:

' (Diantara) orang yang paling dicintai oleh Allah swt ialah orang banyak mmeberi manfaat kepada masyarakat, dan (diantara) amalan yang paling Allah sukai ialah kegembiraan yang dimasukkan dalam seorang muslim, atau menghilangkan baginya kesulitan, atau menyelesaikan hutang piutangnya, atau mengilangkan baginya kelaparan. Dan kalau akau berjalan dengan saudaraku kerana menyelesaikan hajatnya, maka itu lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid selama sebulan. Dan sesiapa yang mengawal marahnya Allah akan menutup auratnya (keaibannya) , dan sesiapa yang menahan sifat berangnya sedangkan ia berkuasa untuk bertindak, Allah akan penuhhkan hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat, dan sesipa berjalan dengan saudaranya untuk menyelesaikan hajatnya sehingga dihasilkannya, Allah akan tetapkan kakinya (di sirat) pada hari kaki-kaki yang tergelincr (dimasukkan ke neraka), dan sesungguhnya akhlak yang buruk itu merosakkan amalan kebaikan, sebagaimana cuka merosakkan madu"

- (HR Imam Tabrani)

Sesorang yang memenuhi hajat orang lain/ menolong menyelesaikan hajatnya, ganjarannya ialah ia dberikan pahala sebulan beriktikaf.

Dengan inii fahamlah kita baha beruntunglah bagi sesiapa yang menjadi orang yang bayak memberi manfaat kepada manusia, memberikan bantuan dlam kerja-kerja kebajikan, menggembirakan nhatin mereka dengan menyelesaikan hutang piutang mereka atau m uisbah yang dideritai olehnya dan keluarganya.

Oleh itu perbanyakkanlah menolong meringankan kesusahan orang lain yang memerukan pertolongan kerana Allah aswt. Allah akan memebrikan pahala kepada orang-orang yang suka menolong.

No comments: